Aku sekarang sudah jarang untuk bercerita hal-hal peribadi. Blog ni lebih
kepada nota/rekod aktiviti sukan aku. Sejak Disember lepas mula serius
dengan aktiviti larian dan berbasikal. Jadi kebanyakan cerita hanya pasal
larian dan berbasikal sahaja.
Aku seorang yang kurang gemar bersikap spontan. Bagi aku segalanya perlu
dirancang. Perancangan yang teliti adalah untuk elakkan sebarang masalah
pada masa depan. Satu- satu benda yang dirancang tu aku akan pastikan ia
dilihat dari pelbagai sudut. Ini satu bentuk failsafe untuk memastikan aku
ada Plan B jika sesuatu perkara itu tak ikut benda tu tak berjalan seperti
dirancang.
Kesan negatif dari sifat macam ni adalah kau boleh menjadi seorang yang
control freak. Control freak yang akhirnya buat kau tertekan, kusut,
serabut dan kadang kala terbawa ke dalam tidur. Selain itu hidup kau akan
menjadi monotonous. Segala perjalanan seharian telah menjadi rutin. Sama
sahaja. Perjalanan hidup untuk seminggu telah dirancang ada perlu dilaksana
dengan tepat. Bila berlaku sedikit lencongan dalam perancangan pasti akan
menyebabkan sedikit perasaan emosi.
Cara hidup sebegini amat tidak menyihatkan dan mujur isteri adalah seorang
yang bersifat bertentang.Jika tidak pasti lebih teruk jadinya.
Berbalik kepada benda yang ingin diceritakan, Yanti ada berbincang pasal
nak tambah anak lagi satu. Sebagai seorang yang bersifat seperti di atas,
aku mendapati keadaan amat tidak sesuai untuk tambah ahli keluarga. Antara
sebab-sebab utama adalah kekangan wang, masa, kemungkinan aku berkursus
panjang 6 bulan dan lain-lain. Dia paham dan mungkin ada rasa kecewa dalam
hati aku kurang pasti.
Entah kenapa tiba-tiba satu hari bila aku bangun tidur, aku terasa bertapa
indahnya kalau ada anak lagi satu. Aku teringat masa mula-mula
memegang,azan dan iqamat di telinga Ammar Hasif dulu. Perasaan amat
menakjubkan. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata Aku terbayang-bayang
melihat Ammar dari kecik sehingga sekarang. Dari cukup mudah untuk didukung
sehingga sekarang, kalau diangkat lama-lama boleh sakit pinggang. Dari dulu
baik diam sahaja bila dipegang sehingga sekarang lasak teramat sangat.
Tiba-tiba idea melihat seorang bayi dari kecil hingga ke besar amat
mengujakan. Secara tiba-tiba rasa tak sabar nak tambah ahli keluarga. Terus
aku berkata kat Yanti 'jom bagi Ammar adik'. Jawapan dia pendek "OK" sambil
tersenyum lebar. Dia sampai sekarang terkejut kenapa aku tiba-tiba boleh
berubah sekelip mata. Jawapan skrip aku pada dia "kuasa Allah dia bukakan
hati sekarang ni".
.....cerita ni kalau aku buat 2-3 entri pun menarik ni...haha. tapi aku
akan tamatkan di sini aje. Buat masa ini Ammar belum ada lagi bakal adik.
Semoga doa dimakbulkan dan dipermudahkan oleh Allah untuk tambah ahli
keluarga baru.

1 comment:
Amin!
Doakan gua sama oi!
Post a Comment