Malam semalam aku ke Hospital Tuanku Jaafar bersama mertua dan adik ipar, melawat sepupu belah isteri aku yang sakit. kita semua panggil dia Along. Kritikal katanya. Sampai sana terus aku ke wad. Melihatkan keadaan Along, memang amat menyedihkan. Dia dah 1 sebulan di hospital. Penyakit belum dikenal pasti . Dah pelbagai cara di buat, pelbagai doktor pakar dijumpa, masih tak jumpa punca penyakit. Bila melihatkan keadaan dia yang kurus kering,tubuh badan hitam, bengkak- bengkak Amat menyedihkan. melihat cara dia bernafas menggunakan bantuan oksigen lagi amat menyedihkan.
Dengan situasi dia yang kritikal, umpama hujan air mata di wad semalam. Semua sedih melihatkan keadaan dia. tapi aku masih bertahan. Hati amat sebak, terutama masa membaca surah Yaasin, tapi aku tahan. Aku memang cukup tak boleh menangis.Sejak janji aku dengan arwah atuk aku dulu masa dia nazak,yang aku berjanji aku tak kan menangis lagi lepas ni. Memang aku tak boleh nangis.
Menangis boleh jadi satu bentuk kelemahan tapi dalam situasi ini bukan menangis yang kita patut bagi pada Along. Pada masa ini dia perlukan doa. Dengan menangis sahaja tanpa memohon pada Allah tiada gunanya. Kalau yang sakit tengok kita bersedih, lagi dia putus harapan nak lawan penyakit dia.
Aku kesian tengok Along. Aku sentiasa kata kat dia jangan putus harapan. Sentiasa lawan. InsyaAllah pasti akan ada ubatnya.
Disebabkan dah sebulan di hospital dan penyakit masih tak dikenalpasti, aku dah cadangkan cuba perubatan traditional. Ada banyak perkara yang berlaku buat aku cadangkan perubatan traditional. Aku cuma harapkan satu, supaya nyawa dia masih panjang,masih sempat untuk sembuh.
Buat kawan-kawan yang tak seberapa ramai ni yang membaca. Aku pohon kalau dapat kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan dia. Moga doa kita di perkenan Allah. Amin.

1 comment:
Amin!
Mungkin juga boleh amik second opinion dari hosp lain.
Post a Comment