28.4.12

Jasin S2H Jamboree 2012

Ahad ni aku ke Jasin untuk Jamboree ke 4 dalam tahun ni. Memang betul- betul anjakan paradigma. Sebulan 1 Jamboree.
Misi utama nak pastikan tamat kayuhan 45km dan dapatkan grand prize lucky draw. Basikal berharga 10k yang aku pernah jumpa tapi tak pernah naik dan boleh diangkat dengan satu jari sahaja. Kalau dapat syukur. tak dapat cuba lagi tahun depan. Bukan senang nak dpat jumlah rider sahaja dah 2200. Tinggi sangat odd tu.


ini grand prize. moga dipermudahkan rezeki utk dapat.
Wakil STC kali ni 6 orang. Kami aka bertolak lepas Naghrib ke Durian Tunggal untuk menginap dan seterusnya ke Jasin pada awal pagi. Doakan kami berjaya tanpa sebarang kecelakaan



No comments: