30.5.12

Berat Badan

Bila aku mula kerja di sini tahun 2009, berat badan sudah berada pada no keramat 80kg. Dengan cara kerja sedentari dan makan percuma secara kerap menyebabkan rasa sesak terutama pada pinggang dan leher. Disebabkan profesion kerja memerlukan aku memakai tali leher, aku hadapi kesukaran untuk membutang di leher, kerana terlalu ketat.
Satu hari di pejabat semasa di tandas, aku lihat di cermin terus kata, "I'm going to get fat to death here".
Atas dasar rasa takut tu, aku mula bersenam dengan mengayuh basikal.  Penurunan badan secara mendadak, dalam masa beberapa minggu berat badan turun kepada 75kg. Kemudian penurunan terus mendatar. Tiada lagi penurunan walau aku terus aktif mengayuh.
Kemudian, dalam bulan Disember tahun lepas aku mula cuba berlari, tujuan berlari bukan untuk menguruskan badan tapi untuk mencuba software baru dalam hp, tapi minat datang secara tiba-tiba. Sehingga hari ni aku dah berlari sejauh 332.47km bermula dari Disember 2011-Mei 2012. Jadi boleh dikatakan aku hidup dalam cara yang sihat buat masa ni.
Disebabkan dalam satu minggu lagi aku akan ke kursus 6 bulan, aku buat medical check up sebagai salah satu syarat kemasukan. Masa buat medical check up, berat badan ditimbang. Angka yang ditunjukkan adalah 82.2kg.
Wow....mula-mula ingatkan mesin rosak tapi memikirkan last skali aku timbang berat dalam bulan September tahun lepas, si kemungkinan bacaan tu betul.
Bila difikirkan balik,walaupun kenaikan 2kg sejak tahun 2009, aku tak rasa berat, takde rasa tak selesa dalam badan, seluar ketat, baju ketat dan sebagainya Untuk menyejukkan hati, aku kata kenaikan ni mesti sebab badan dan mula tambah muscle. Jadi peningkatan balik berat badan bukan sebab lemak tapi muscle. Kah kah kah..
Masalah aku mungkin disebabkan cara pemakanan yang salah. Dalam penjelasan yang mudah jumlah kalori yang dimakan lebih banyak dari kalori yang dibakar. Bab pemakanan ni susah sket sebab kurang berdisiplin.
Bila dikira dalam BMI sudah mencapai tahap 27 jadi aku dah dalam kategori obesiti.Untuk memanjangkan jangka hayat dan mengekalkan gaya hidup sihat, I will throw myself a challenge, to drop the weight to 75kg by the time I finish my Diploma on 21st December 2012.
Can I do it? We'll see.

No comments: