24.5.12

Jamboree Kuala Langat : Kayuhan Perpaduan - The Race Day

Jamboree terakhir aku untuk tahun 2012 sebelum ke 'percutian' 6 bulan. Untuk ke Jamboree ni ada training sket sebab takut bila melihatkan jarak yang jauh dalam 57km yang dimaklumkan penganjur.
Plan sebenarnya nak kayuh santai sepanjang jamboree, malas nak pressure, kejar placing sebab ni jamboree last. Nak tengok-tengok permandangan sahaja.
Tapi last minit betul- betul sebelum start tukar plan nak all out, kenapa tukar plan pun aku sendiri tak tau.
Kayuhan tak susah sebab takde bukit, hanya tanah gambut yang menyakitkan hati. Licin gila. Kena pulak awal pagi tu hujan sekejap. Jamboree ni lebih kepada endurance sebab banyak road.
Bila endurance kat road potensi nak krem tinggi sbb panas dan kita sentiasa pedalling in the same pace.
Syukur tak krem.
Tamat kayuhan dalam masa 1jam56minit.
Total ride kalau folo sports-tracker.com 51km tp kalau di Velo 8 53km.



Gambar-gambar disempat diambil.
sebelum mula

masih bersih, cantik, berseri

permulaan

selalu mesti beratur group Gaateh

dari kiri- izzuddin, rizal, abul

tu dia hasni, bakal podium dr stc

ranking 197/1200




last jamboree of 2012

dari kiri- rizal,hasni,abul dan yours truly


medal. not bad la...



No comments: