8.6.12

Mileage

Akhirnya aktiviti berbasikal dan larian menemui penghujungnya pada tahun 2012. Aku akan berehat untuk seketika dan bersambung semula pada Januari 2013. Di kala aku berhenti ini akan aku rekodkan jarak kayuhan dan larian aku sejak aku mula berbasikal. Direkodkan agar aku mudah tahu di mana aku akan bermula balik pada tahun depan.Aku mula berbasikal pada Disember 2009 dan mula berlari pada Disember 2010

Untuk berbasikal (target awal untuk cecah 4000km sehingga 31 Disember 2012)
3247.3km

Untuk berlari ( target awal untuk cecah 600km sehingga 31 Disember 2012)
347.86km
Sukar juga nak lepaskan 2 aktiviti ni , tapi bila tugas rasmi dah memanggil dan minat sedikit pudar sebab overexcercise, mungkin masa dah tiba untuk berehat seketika.

Jadi buat basikal Merida aku dan kasut Mizuno kesayangan, kita jumpa lagi pada tahun 2013.

No comments: