4.7.12

Hadapi Dengan Senyuman

Petang tadi kali pertama dikenakan hukuman berat,atas alasan sebab dah
naik lemak, mula buat banyak masalah dan lain lain. Jadi dalam sejam
suku dihabiskan dengan 4 jenis hukuman.
Pertama jogging keliling padang 5 round yg bagi aku mudah. Siap
overlap yg lain.
Next aktiviti merentas dr satu tiang gol ke satu tiang gol dimulakan
dengan front roll , sukar nak dibuat sbb lower body yg berat tp cepat
dihabiskan.
Seterusnya mula benda yg azab. Side roll. Mula2 rasa biasa, tapi
selepas 5 roll mula pening-pening lalat. Bila separuh padang. Mula
pening nak pitam. Rasa nak muntah. Ada ramai yg dah muntah. Berjaya
tahan dan teruskan sampai habis.
Last skali crawling,agak sukar dan lambat tp itu pun sbb belum tahu
teknik yg betul. Tapi ditambahkan pening dan rasa nak muntah dr side
roll td,nak habiskan ada rasa sedikit azab.
Hasil dari hukuman, banyak yang injured,ada yg pengsan,muntah pelbagai
warna dan ada yg balik dipapah.
Ramai juga yang memaki hukuman yang dikenakan. Bagi aku walaupun aku
pening kepala lagi sampai sekarang, kita kene lihat benda ni dr sudut
positif. Hukuman seperti ini adalah persiapan utk wataniah slps raya.
Di sana hukuman,seksaan dan latihan pasti lebih teruk. Hadapi segala
dengan senyuman,lihat dari sudut positif dan layankan aje. Pasti
berjaya.
Aku dah mula rasa banyak kelebihan2 positif sejak bermulanya
senaman/seksaaan ni 11 Jun yang lepas. Moga orang lain juga rasa yang
sama.

2 comments:

norinaomar said...

ni kira kusus nak jadi pegawai ke apa..

No Surprises said...

kursus 6 bulan di Intan Bukit Kiara