31.8.12

Biadap

Terdapat beberapa polisi dan gerak kerja dari kerajaaan yang aku tidak setuju membuatkan aku kelihatan seperti menyokong pihak yang lagi satu di mata orang lain.
Walaubagaimana pun perbuatan mengedarkan risalah dan pengibaran bendera yang dikatakan bendera baru dinamakan Sang Saka Malaysia amat kurang ajar dan biadap.
Politik ada masanya akan jatuh pada tahap yang memualkan dan menjijikkan. Hari ini pembangkang baru sahaja meletakkan diri mereka pada tahap tersebut.
Orang sebegini layak dibuang negara sahaja dari tanah bumi yang tercinta ini.


No comments: