9.8.12

Tabah


Seorang kawan aku di  sini anak keduanya dilahirkan dengan tanpa kebolehan melihat. Di sebelah kiri tak boleh melihat di sebelah kanan tanpa bebola mata. Pembedahan baru dibuat untuk masukkan bola kaca di mata kanan.
Apa yang aku boleh katakan pada kawan aku ini adalah dia seorang yang tabah. Sungguh besar cabaran hidup anaknya.

Kejadian ini mengingatkah aku pada kawan sekolah rendah aku dulu. Dia ada adik yang buta. Dia memang sayangkan adik dia ni. Aku boleh katakan dia umpama guardian angel untuk adik dia. Sentiasa ada di sisi. Sentiasa ada bila diperlukan.

Satu hari dia ,adik dia dia dan mak dia ke Jusco Taman  Maluri. Di tempat permainan, adik dia minat dengan satu permainan ni iaitu bola yang boleh bergetar. Adik dia minat ,tapi mak dia tak mampu nak belikan.

Keesokan harinya, kawan aku ni, naik bas mini pegi  ke Jusco Taman Maluri dan beli permainan tu untuk adik dia dengan guna duit sendiri yang di ni korek dari tabung.

Masa itu baru aku sedar betapa hebatnya kuasa kasih sayang, terutama pada orang yang kelainan upaya macam adik dia.

Aku yakin kawan aku yg mendapat anak kelainan upaya seperti di atas tu boleh berikan kasih sayang terbaik malah  lebih  baik seperti mana kawan sekolah rendah aku tadi.

Entah kenapa minggu ini agak sayu bila memikirkan hal anak.

1 comment:

norinaomar said...

semoga kawan ko tabah..hikmahnya Allah tak beri dia paluang untuk melihat perkara-perkara yang lagha di muka bumi ni, mudahmudahan Allah beri lihat ciptaan yang paling cantik di syurga nanti