16.9.12

Balik

Aku sedang berkursus modul wataniah selama 1 bulan. Sepanjang sebulan tiada sesiapa dibenarkan balik. Emak dan dipermudahkan bapa aku bakal berangkat ke Tanah Suci mengerjakan Haji pada17hb September.

Pada mulanya permohonan aku tak diluluskan. Jatuh airmata mak dan bapa aku bila dapat perkhabaran awal yang aku tak dapat balik.

Syukur doa aku untuk balik berjumpa dengan mak ayah aku sebelum diorang berangkat ke Tanah Suci dimakbulkan. Walaupun aku umpama perlu merempat meminta belas ihsan mereka yang berkuasa untuk meluluskan permohonan aku untuk balik, syukur aku dapat berjumpa walau beberapa jam sahaja.

Aku rasa amat terhina dengan kata-kata yang dilemparkan bila aku memohon untuk balik. Walaubagaimanapun disebabkan aku dipihak yang memerlukan untuk balik,aku terima sahaja apa yang dikatakan. Biar aku dihina tapi aku diberikan pelepasan.

Takpa hidup umpama roda. Sekarang kau di atas, esok lusa siapa yang tahu. Segalanya ketentuan Allah.
Bila kau nanti satu hari berada di tempat aku kau akan tahu, berapa teruknya kau melayan orang lain.

Kasih dan jasa ibu bapa ini tak tertulis banyaknya. Takkan mampu sama skali aku membayar jasa mereka. Aku cuma mahu kurang-kurangnya aku dapat menatap wajah diorang memohon ampun dan maaf atas dosa serta memohon halal makan dan minum sebelum mereka berangkat.

Sekurang-kurangnya jika umur mereka tak panjang dapat aku melihat mereka sebelum ke sana. Jika tidak aku lah insan yang paling menyesal seumur hidup hingga aku mati.
Pada ketika itu sesal sebagaimanapun dah tak berguna.

Pohon doa rakan-rakan supaya aku sempat sampai dan dipermudahkan urusan berjumpa dengan mereka sebelum mereka bertolak.
Mudah-mudahan perjalanan hari esok dipermudahkan.
Amin.

No comments: