1.11.12

Bercampur baur

Abah dan mak aku akan sampai dalam jam 2 pagi nanti kat klia,balik dr mengerjakan haji. Semalam pakcik sebelah mak aku meninggal jam 2.30 petang akibat pneumonia, tadi sorang lagi pakcik aku dari sebelah abah meninggal jam 10 mlm td akibat kanser paru paru.
Berat betul dugaan ni. Gembira dengan kepulangan abah dan mak dan masa yang sama sedih atas kehilangan 2 orang pakcik. Hati dah nak menangis tapi terpaksa tahan. Aku yakin abah dgn mak akan terkilan tak dapat jumpa pakcik sebelah abah aku tu sebelum bertolak ke Tanah Suci.
Aku pasti dia akan memcucurkan air mata sebaik shj aku bgtau dia nanti di KLIA. Pada masa ini lah aku terpaksa menjadi kuat, kerana itu tanggungjawab anak yang sulung. Perlu menjadi tulang belakang keluarga apabila tiba masanya.
Bertahanlah wahai hati, bertabahlah wahai diri.
Aku doakan kedua-dua arwah dirahmati.

1 comment:

Fangs said...

Innalillah. I'm sorry for your loss, dear brother. Redhakan, dan percayalah bahawa Allah lebih mengasihi mereka, sebab itu mereka dipanggil menghadapNya terlebih dahulu. And selamat kepulangan kepada ayahanda bonda awak, semoga baik2 semuanya Inshaallah.

Yakinlah setiap yang berlaku, kun fayakun. PerencanaanNya adalah terbaik buat setiap kita, biarpun pahit dan perit yang dirasa. Subhanallah.