29.1.13

Berat badan

Isu berat badan ni dah lama.Sejak darjah 3 sekolah rendah lagi. Sejak dari itu berat badan semakin naik naik naik dan naik. Turun semula semasa tingkatan 4 dan 5. Sejak dari pada itu berat badan  umpama roller coaster sentiasa turun dan naik. 
Berat badan aku akan turun dengan mendadak dan akan naik dengan mendadak.
Semasa tahun lepas berat paling unggul yang dapat diturunkan adalah sebanyak 7.5kg. Kemudian selepas kematian arwah, disiplin diri mula hilang dan naik semula. Aku tak menyalahkan kematian arwah tapi menyalahkan diri sendiri kerana hilang disiplin selepas kejadian tersebut.
Kemudian selepas tamat kursus panjang terus menerus naik. Kali terakhir menimbang berat badan pada minggu pertama Januari 2013 berat trelah kembali kepada 80kg. Berat badan unggul harus berada pada 70kg.
Benda pertama yang sering disebutkan oleh rakan-rakan pejabat selepas kembali semula adalah "Sihatnya".
Bos aku yang baru habis cuti bersalin 3 bulan pun kata benda yang sama.
Benda yang sama kalau disebut berulang-ulang kali akan menjadi doa.
Kalau setiap kali orang akan sebut sihat aje . Konfem akan membelon sihat badan aku ni sampai bila.
Mungkin dah masa untuk kita cuba sesuatu yang baru.
Target hujung tahun adalah berada pada berat 70kg. 
Sebagai langkah pertama hari ini wajib ke kedai untuk membeli  mesin penimbang berat.
Haha.

No comments: