13.1.13

Bertudung

Semalam, di laman-laman sosial penuh gambar serta komen-komen siti nurhaliza bertudung lengkap. Dengan caption cantik sungguh dia dengan imej baru. Tapi kenapa tiada sorang pun sebut bahawa cantik sungguh dia dengan imej yang sepatutnya. Bukan itu cara sepatutunya bila bertudung? Kenapa pula cara bertudung yang betul itu dilabelkan sebagai imej yang baru. Yang sebetulnya imeh yang sebetulnya.
Dia sepatutnya harus akur, dengan populariti seperti yang dia ada, orang akan mengikut apa yang dia buat samda baik atau buruk. Pernah ka dia terfikir, berapa ramai yang sudah bertudung penuh, berubah mengikut cara dia bertudung dahulu kerana mengikut cara dia?
Saya bukan berlagak alim, juga insan yang banyak berdosa, tapi kita harus sedar, kita ni sentiasa boleh mempengaruhi orang lain dari pelbagai aspek, samada kita sedar atau tidak dan samada kita mahu atau tidak.

No comments: