10.1.13

Kos

Selepas kursus jangka panjang ni, di hantar semula ke tempat asal. Rasa amat malas memikirkan perlu menaiki kenderaan awam semula ke pejabat. 2 minggu naik kereta sendiri. Kos dalam RM300 untuk 2 minggu ni. Tak tahan, Duit mengalir macam air paip.
Jadi nampaknya minggu depan mula semula naik komuter ke tempat kerja.
Kos dalam sehari naik kereta sendiri(petrol+tol) ke tempat kerja dalam RM30/hari. 5 hari kerja seminggu kos pengangkutan RM150. Dalam sebulan pengangkutan harian waktu kerja sahaja dah cecah RM600.
Terlalu tinggi. Moga komuter dah ada peningkatan sejak ditinggalkan 6 bulan ini. Moga tiada lagi kelewatan dalam waktu tiba.

No comments: