21.3.13

Ayah

Hari ni seorang yang aku panggil ayah telah meninggalkan dunia ini. Dia walaupun bukan ayah kandung, mahupun ayah mertua tapi umpama ayah bagi aku. Dia yang mengajar aku bersama-sama 3 adik lain mengaji Al-Quran, selain itu pada hari Sabtu setiap minggu mengajar kelas fardu ain. Sungguh besar jasa dia buat penduduk Taman Bukit Cheras. Dia orang pertama yg keluarga aku kenal bila mula2 pindah ke sana.
Isteri dia juga, yang aku panggil mak wok adalah orang yang menjadi babysitter aku sejak tadika hingga darjah 6 serta adik aku yang lain. Keluarga ayah dgn keluarga aku umpama adik-beradik. Ayah adalah orang yang membacakan doa masa majlis pertunangan aku di Seremban dan masa majlis kenduri kahwin aku di Cheras.
Ayah antara insan yang banyak berjasa dalam hidup aku dan antara individu yang membentuk aku menjadi seperti sekarang.
Hari Selasa pagi dia terjatuh dalam bilik air semasa nak mengambil wuduk jam 6.30. Mak wok kata masa dalam bilik air, pernafasan dah terhenti. Kemudian bernafas balik dan berhenti balik sebelum ambulans datang. Di HUKM pun sekali pernafasan terhenti.
Doktor kata tiada harapan, dan beri masa 2 hari untuk cabut salur pernafasan. 2 kemungkinan yang berlaku semasa salur pernafasan dicabut. Pertama jantung berhenti mengepam dan pernafasan terhenti dan kedua koma selama-lamanya. Pagi tadi jam 3 pagi, adik aku telefon yang ayah dah meninggal dunia. Jantung dia berhenti sendiri pada awal pagi tu, sebelum sempat pun doktor mencabut salur pernafasan.
Dia seorang yang baik dan terasa satu kehilangan dalam diri. Rasa ralat kerana semasa sihat tak sempat berjumpa dengan dia. Nasib baik aku sempat melawat dia di hospital 2 hari berturut2.
Jam 11 pagi tadi dikebumikan. Syukur dapat juga tengok wajah ayah sebelum dia dikebumikan. Jasa dia pada aku sekeluarga sampai bila-bila tidak akan dilupakan
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat kepada sesiapa yang terbaca post ini.


diambil oleh adik aku pada hari pertama

aku ambil pada hari kedua, gambar tak clear sbb kene mrh dengan nurse amik gmbr dlm wad ICU

No comments: