24.3.13

Burn out

Ini merupakan jarak kayuhan paling mudah untuk dilakukan masa hujung minggu. Entah kenapa badan terasa amat seksa untuk habiskan. Berkali berhenti disebabkan kepenatan.
Plan asal sebenarnya mahu mengayuh off road 30km di Bukit Asoka Mantin, malangnya bangun lewat. Jadi terpaksa kayuh solo.
Hasilnya seksaan teramat sangat walaupun hanya 28km sahaja.
Mungkin ini hikmahnya bangun lewat pagi tadi. Kalau dengan keadaan macam ni kayuh off road, konfem paling awal habis dalam 4jam dan pasti menyusahkan rider lain.

No comments: