18.3.13

Jamboree Lasak 360 : Laporan Kayuhan

Jamboree pertama sejak berehat disebabkan kursus jangka panjang yang bermula Jun tahun lepas. Kemampuan kayuhan sudah tidak seperti dulu, persiapan kurang disebabkan panas  terik di awaktu petang dan terlalu banyak hal hal peribadi.
Atas alasan-alasan di atas hasilnya adalah ini:
1.Jamboree pertama yang disertai yang dihabiskan tanpa ranking.
2.Kepenatan maksima semasa kayuhan di mana kebanyakan uphill dilakukan dengan menolak berbanding mengayuh.
3. Kepenatan maksima selepas kayuhan di mana sebaik sampai, masukkan basikal ke kereta terus pulang ke rumah untuk tidur selama 5 jam.
4. Sakit badan akibat kepenatan selama 3 hari selepas itu.

Jamboree kali ni agak 'bad luck' di mana Velo 8 iaitu meter basikal tak berfungsi dan pada masa yang sama sports-tracker crash di handphone. Hanya 26.3km sempat dirakamkan.  Keseluruhan kayuhan adalah 33km.
Aku tamat kayuhan selepas 3jam suku. Seksa sungguh rasanya.
 

 

Dari sudut penganjuran, aku boleh katakan jamboree ni berjaya. tiada sebarang isu2 besar. Jika disenaraikan semua pro and con pasti Pro akan lebih banyak dari con. Cuma ada 3 komen sahaja bagi aku dalam penganjuran pertama ini:
1. permulaan lewat. sepatutnya bermula 8.00pagi hanya dilepaskan 8.35pagi. Alasan : VIP tiba lewat. Adakah kerana dia VIP dia diHALALkan untuk lewat walau apa jua program sekali pun ?
2. ketiadaan/kerosakan tanda jalan pada satu kawasan menyebabkan ramai rider pertengahan termasuk aku yang sesat.
3. Ranking hanya diberikan kepada 500 rider pertama. Jumlah keseluruhan adalah 1400, walaupun jumlahnya ramai sepatutnya ranking diberikan seperti di Jamboree Jasin 2012 di mana ranking ada untuk peserta pertama sampai hingga peserta terakhir sampai yang berjumlah keseluruhan 1200 orang.

Walau apa pun, event ni amat berjaya walaupun kali pertama dijalankan dan jika dilakukan lagi pada tahun hadapan, aku akan jadi orang pertama mendaftar.


Ini antar gambar yang ada semasa kayuhan.
masa ni belum azab, masih senyum

senyuman dah hilang, muka dah nampak azab

No comments: