22.4.13

2 Insiden

Selaku seorang yang bekerja di sektor awam dan lebih spesifik di kementerian kesihatan, aku kadangkala bersikap defensif bila terdapat cacian dan makian diberikan kepada hospital atau klinik kerajaan. Aku sering ke sana untuk rawatan.
Aku faham dengan situasi, orang yang ramai kerana mahukan consultation percuma, ubatan percuma menyebabkan masa menunggu yang amat lama terutama di klinik kesihatan lebih-lebih lagi pada hari Isnin.
Bila aku datang ke klinik kesihatan aku rasa malu bila servis amat di luar jangkaan tahap 'keterukan' nya. Malu bila semasa menunggu giliran yang super duper lama, ada yang berbual memberikan komen terhadap servis klinik kesihatan kerajaan.
Bagi mereka walaupun sebanyak mana komen yang diberikan mereka tetap terpaksa juga bersabar dengan keadaan di klinik kesihatan kerajaan ini kerana tidak mampu mendapatkan rawatan di klinik swasta.
Tahap kesabaran aku terhadap klinik ni pun ada hadnya. Bila kualiti servis yang diberikan amat teruk, bagi aku walaupun aku bekerja di sektor awam, aku patut memberikan komen. Seperti yang berlaku pada hari ini.
Aku masih sakit perut sejak dari Jumaat lepas menyebabkan aku tak larat untuk ke pejabat. Aku sedar hari Isnin klinik kesihatan kerajaan memang akan penuh. Walaubagaimanapun, aku tetap datang sebab aku yakin dengan servis yang akan diberikan walau terpaksa menunggu lama.
9.30 pagi aku ke klinik, mengambil nombor. 10.30 pagi masih aku belum dipanggil ke kaunter pendaftaran. Disebabkan aku menjangkakan akan lambat dan aku perlu ambil anak di sekolah jam 12 aku balik dengan plan untuk datang sebelah petang. Lagi pun pd awal pagi tu perut sentiasa meragam.
Jam 2 petang aku dah di klinik semula. Jam 2.30 ptg baru mula nombor dipanggil di kaunter pendaftaran. Jam 3 baru no aku dipanggil. Jam 3.30 aku baru dipanggil ke bilik doktor.
Semasa di kaunter selalunya kita perlu membayar rm1 tapi disebabkan aku ada bw kad pejabat aku tunjukkan dengan kasar dijawab "kami tak tengok ye kad kerja hanya GL". Aku bersabar. Bila tiba2 ditanya balik kepada aku bekerja di mana, aku menjawab kementerian kesihatan secara tiba2 ton suara berubah. Mengapa perlu sebegitu?
Adakah kerana aku staf kementerian sama baru layak diberikan layanan yang baik?
Bagaimana dengan pesakit lain? Adakah mereka layak dihina atau dilayan secara kasar?
Semasa berjumpa doktor pula, aku menceritakan masalah. Dengan cepat dijawab tanpa sebarang pemeriksaan dia menyuruh aku memberikan sampel najis kerana hari ini saja katanya sudah ramai yang datang dengan penyakit cirit birit.
Aku maklumkan yang aku dah tak rasa nak cirit birit lagi dan tak mampu nak berikan sampel. Tiba2 aku dimarah pula "itu la lain kali kalau cirit birit datang klinik pagi, kalau dah petang macam mana Sy nak tau awak cirit birit atau tak, sekarang ubat pun dah habis kat klinik, Sy bg aje ubat2 yang mungkin ada. Kita kat sini tak bagi mc sebelah petang ye."
Cara dia bercakap aku dah boleh faham yang dia beranggapan yang aku tipu sakit, sengaja datang dengan harapan diberikan MC.
Kalau dalam bahasa Inggeris nya, 'insulting my intelligence'.
Secara tiba2 angin kus2 pun datang, maklumlah perut tengah sakit. Aku tak bangga dengan apa yang aku katakan selepas itu, tapi aku boleh katakan konfem dia akan panas telinga atau sumpah seranah di dalam hati bila aku keluarkan ceramah aku.
Kadangkala doktor terutama yang muda perlu diajar sedikit adap sopan dan etika bila berhadapan pesakit.
Aku amat faham dengan situasi beban kerja doktor perubatan terutama di klinik kesihatan kerajaan. Jumlah pesakit yang amat ramai amat memberikan tekanan kepada semua tapi membuat generalisasi seperti tadi amat salah kerana doktor perubatan tidak boleh bersikap judgemental terhadap pesakit dan perlu merawat pesakit dengan niat yang baik.
Jika selepas atau semasa rawatan didapati berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sediada didapati pesakit ini menipu barulah membuat tindakan sewajarnya.
Bagaimana seorang doktor boleh membuat diagnosis perubatan dengan bertanya 2 soalan dan sedikit pun tidak menyentuh pesakit?
Bagaimana jika diagnosis diberikan salah, pesakit mendapat salah ubat akhirnya menjadi lebih sakit, tenat atau mati?
Doktor perubatan is a high profile job, amat menekankan kerana setiap perbuatan mereka bermain dengan nyawa pesakit. Atas sebab itu gaji mereka antara yang tertinggi dalam perkhidmatan awam walaupun ada yang berkata ia masih kecil berbanding doktor perubatan di doktor swasta.
Apa yang aku boleh katakan insiden hari ni menukarkan pandangan aku yang selama ini positif dan defensif terhadap servis kesihatan kerajaan. Apa yang aku harapkan doktor tadi mengubah attitude nya kerana aku xrasa dia akan lama dalam servis dengan berperangai sebegitu.
Moga selepas ini aku tak berjumpa lagi dengan situasi sebegini kerana kemarahan tadi hanya 10 peratus dibandingkan dengan temper aku yang sebenar.

No comments: