13.4.13

Meludah

Aku tak kisah jika ada individu komen, kutuk, hina skim yang aku kerja sekarang ni. Cacian dan makian dah bermacam-macam aku dengar sampai dah lali. Aku faham kerana bukan semua orang di dalam skim ini betul dan aku juga mungkin dianggap tidak betul oleh sesetengah orang.
Apa yang kelakarnya adalah mereka yang caci dan maki tu juga la orang yang memohon untuk bekerja sama seperti yang aku kerja sekarang.
Cuba bayangkan seseorang meludah ke dalam longkang dan kemudian tiba-tiba masuk semula ke longkang tersebut dan menjilat semula ludahnya. Jijik bukan?
Itulah anda!

No comments: