29.7.13

Santai Putrajaya v2

Disebabkan minggu ni telepas LCCT Midnite Ride aku ajak Syed Akramin untuk kayuh bersama di Putrajaya. Jarak lebih kurang minggu lepas, hanya 33km tapi kali ni up tempo dengan banyakkkan route yang berbukit. Agak semput jugak terutama bila naik ke puncak PICC sebab dah lama tak buat..



Sepanjang pemerhatian aku selama 2 minggu berturut-turut di Putrajaya didapati di kawasan core Island tu jika tak dikawal dengan betul akan jadi pusat mat rempit, mat-mat kereta modified turbo bising tapi jalan tak laju pun dan port couple2. Dulu tak mungkin dapat tengok orang berhenti di tepi2 jalan di Jambatan di Putrajaya. Kalau ada pasti di halau dengan pegawai keselamatan.  Sekarang dah bersepah-sepah kenderaan parking di tepi2 jalan di jambatan, nak layan permandangan katanya sedangkan tangan duk seluk dalam selur perempuan.

Bukan bersifat negatif tapi, aku pernah lihat banyak kali adegan tak senonoh dengan mata sendiri sepanjang 2 tahun berbasikal di Putrajaya. Seperti yang aku pernah katakan, di Putrajaya je aku rasa orang boleh selamba melakukan maksiat di kawasan perkarangan dan berdekatan masjid tanpa segan silu. Memalukan bila memikirkan yang mereka itu dari bangsa sendiri.

View-view sebegini mencacatkan permandangan indah semasa mengayuh basikal. Jika masalah rempit-rempit ni tak di kawal aku yakin Putrajaya di area core Island dah jadi kawasan tak selamat mungkin tiada lagi orang yang akan mengayuh basikal, berlari, bermain roller blade dan lain-lain di sana.







No comments: