3.8.13

LCCT Midnite ride v3 : EPIC RIDE


2 minggu pertama dapat join. Tu pun follow half way dari Shell Kota Warisan. Minggu ketiga tak dapat disebabkan lawat anak buah sakit emergency di hospital. Minggu ke 4, minggu terakhir ni peluang nak buat full loop dari Putrajaya.
Terjumpa geng Bukit Mahkota Bangi (BMB) dalam fb dan diorg ajak ikut diorang kayuh dari Bukit Mahkota ke Shell Kota Warisan, regroup dengan geng dari Putrajaya dan kayuh ke LCCT.

gambar bersama geng baru




 8 orang mula kayuh dari Bukit Mahkota. Dari awal kayuh cadence lebih sket supaya cepat sampai ke Shell Kota Warisan. Peha mula sengal. Dari Bukit Mahkota ke Shell Kota Warisan 23km.

masa tunggu rider dari Putrajaya di Kota Warisan.


masih bertahan

Sambung kayuh ke LCCT. Route dalam 35km dari Shell Kota Warisan  dan patah semula. Dari sini kayuh santai sahaja disebabkan tau jarak perjalanan balik lagi panjang. Disebabkan kayuh santai ketinggalan di belakang.

kumpul di biasa sblm patah balik. Petronas Litar F1

Seperti biasa sebelum balik dari Petronas Litar F1 tu wajib ada sesi bergambar ramai. Sesi terakhir sebelum raya katanya.



Masa dalam perjalanan balik mula terasa azab, bila push cadence ada gaya macam nak krem peha so terpaksa kayuh ikut kemampuan. Kayuh dari Petronas F1 straight ke traffic light simpang empat Dengkil. Kemudian berpisah dengan geng dari Putrajaya dan balik semula ke Bukit Mahkota melalui jalan lama Dengkil-Jenderam-Bangi Lama-Bukit Mahkot. Jarak perjalanan dalam 12km

Walaupun hanya 12km tetapi amat azab sebab peha dah tak boleh nak tahan. Guna Yoko-yoko untuk kurangkan potensi krem. Disebabkan jalan gelap tak berlampu, kami berlapan kayuh dalam group untuk mengelakkan tertinggal dan faktor keselamatan.

Akhirnya selepas 4 jam kayuhan(tak termasuk berhenti) sampai juga ditempat permulaan. Perasaan tak tergambarkan walau amat penat kerana ini merupakan jarak paling jauh kayuhan sejak mula mengayuh dari tahun 2009. Mula kayuh 10.45 malam, sampai semula di tempat permulaan 4.00 pagi. Kalau dikira campur waktu rehat hampir enam jam keseluruhan aktiviti.


info lanjut di sini

Untuk melihat lebih banyak gambar aktiviti malam tadi boleh ke FB group BMB di sini.
Terima kasih atas jemputan untuk kayuh bersama.
Looking forward untuk lebih banyak cycling activity dgn BMB samada onroad atau offroad.

4 comments:

Deen Diamondback said...

Tahniah bro...memang best walaupun penat..next time kita kayuh sama2 lagi....selamat hari raya!

No Surprises said...

jom. next ride....

Unknown said...

next lepas raya kita offroad..banyak laluan kena teroka nie....

No Surprises said...

ai folo aje Ditto