24.9.13

Gempak Hypertrax, Dengkil

Jamboree kedua tahun ni selepas Jamboree 360 Kota Warisan. Tempat pun xjauh sgt dr Kota Warisan, di Dengkil aje. Jamboree 360 Kota Warisan hari tu habih lunyai bila habis kayuh. Azab tak terkata jadi kali ni buat persediaan sikit. Ada minggu yang tiada event lari, try cari peluang untuk offroad . Rabu malam pun dah join geng BMB untuk kayuh.

Info lanjut di sini

Alhamdulliah, Jamboree kali ni aku tamat dengan jayanya. Masih boleh push sepanjang kayuhan. Trail kali ni lebih kepada speed event walaupun set di offroad. Daripada 40km, 10km permulaan onroad, 32km offroad landai dan selebihnya sedikit bukit dan laluan teknika+ single trail.
Laluan onroad pada mulanya dapat ikut group depan tapi akibat kekurangan ketahanan badan, mula penat dan berada di kelompok tengah. Bila mula offroad landai mula push sikit demi sedikit. Dapat improve dengan potong dalam 30-40 orang dan ada juga ada yang potong balik. Laluan landai offroad agak bedebu dan panas kerana tiada pokok sekeliling.
Kemudia masuk pula ke kawasan offroad bukit di kelilingi pokok sawit. Semua bukit berjaya dikayuh walaupun dada rasa nak pecah . Ada 2 downhill yang mengujakan di mana yang kedua terlebih laju dan langgar batu sikit sampai botol tercampak keluar dari cage. Habis hilang.
Masa trail teknikal agak seksa sikit disebabkan tanah gambut berbusut-busut dan ada macam 3 kubang yang kene tempuh sebelum sampai finishing.
Akhirnya dengan masa 2jam 8minit berjaya tamatkan dengan ranking 193 untuk kategori Men Junior Master(30-39 tahun). Kalau ikut website yang register 846 rider dan utk kategori aku 398 rider. Jadi performance aku di tengah2 la.
Yang best kali ni, akhirnya ada gak ahli STC lain yang turun. Selalunya aku jadi solo rider atau lepak dengan group-group lain.
betul-betul lepas finishing line

medal dan plat

jarak keseluruhan

No comments: