Dah lama tak join geng BMB untuk kayuhan malam. Diorang ni rider-rider yang power dan laju. Tak terkejar tapi disebabkan gian nak kayuh balasah juga. Seperti yang dijangka kayuh kat belakang skali ditinggalkan 8 yang lain.
Mula kayuhan dari Bukit Mahkota dah jumpa bukit yang panjang dan lepas tu terus kayuh hingga ke Jenderam non-stop. Azab betul nak kejar diorang. Tercungap-cungap. Rasa seksa kat bontot sebab malas nak ejas kedudukan seat sebelum kayuh tadi. Itu pun antara punca kayuhan tak sedap malam tu.
Dari Jenderam lalu ke bukit selepas Sekolah Teknik Sepang, bukit yang mencanak tinggi yang sebabkan hampir putus nafas, sakit jantung. Seterusnya keluar ke arah Putrajaya ke Pesiaran Selatan dan mendaki Bukit Bulu yang amat famous bagi orang Putrajaya.
Dah tak boleh nak kayuh laju disebabkan pancit jadi kene maintain pace aja, slow pun takpe asalkan kayuh. Rehat 10 minit di puncak Bukit Bulu sebelum sambung ke Presint Diplomatik. Refill air di Presint 14 sebelum keluar ke Kg Abu Bakar Baginda.
Terus beli 2 botol Gatorade. Bila minum separuh botol baru rasa bertenaga nak habiskan kayuhan. Terus kayuh kat bukit Kg Abu Bakar Baginda tu dan masuk ke arah Jenderam. Seterusnya menghala balik ke Bukit Mahkota menggunakan jalan Bangi Lama.
Jalan Bangi Lama ni agak mencabar kerana banyak kereta dan agak gelap. Jadi keselamatan kene jaga dan sentiasa alert dengan kenderaan yang datang dari belakang.
Tamat kayuhan jam 11.45 malam. bermula Jam 9.15 malam. Maknanya dari masa keseluruhan hanya 30 minit je digunakan untuk rehat. Memang full workout.
Hasil dari kayuhan gila-gila malam tu terus hari keesokannya kaki lenguh. Macamanapun sebab hari kerja kene terus gak ke pejabat.
Memang azab tapi jika ada peluang memang nak kayuh lagi. Biar kayuh kat belakang, biar tertinggal asalkan kayuh.
Mula kayuhan dari Bukit Mahkota dah jumpa bukit yang panjang dan lepas tu terus kayuh hingga ke Jenderam non-stop. Azab betul nak kejar diorang. Tercungap-cungap. Rasa seksa kat bontot sebab malas nak ejas kedudukan seat sebelum kayuh tadi. Itu pun antara punca kayuhan tak sedap malam tu.
muka kepenatan |
Dah tak boleh nak kayuh laju disebabkan pancit jadi kene maintain pace aja, slow pun takpe asalkan kayuh. Rehat 10 minit di puncak Bukit Bulu sebelum sambung ke Presint Diplomatik. Refill air di Presint 14 sebelum keluar ke Kg Abu Bakar Baginda.
rehat sebentar di Bukit Bulu |
Terus beli 2 botol Gatorade. Bila minum separuh botol baru rasa bertenaga nak habiskan kayuhan. Terus kayuh kat bukit Kg Abu Bakar Baginda tu dan masuk ke arah Jenderam. Seterusnya menghala balik ke Bukit Mahkota menggunakan jalan Bangi Lama.
Jalan Bangi Lama ni agak mencabar kerana banyak kereta dan agak gelap. Jadi keselamatan kene jaga dan sentiasa alert dengan kenderaan yang datang dari belakang.
Tamat kayuhan jam 11.45 malam. bermula Jam 9.15 malam. Maknanya dari masa keseluruhan hanya 30 minit je digunakan untuk rehat. Memang full workout.
Hasil dari kayuhan gila-gila malam tu terus hari keesokannya kaki lenguh. Macamanapun sebab hari kerja kene terus gak ke pejabat.
Memang azab tapi jika ada peluang memang nak kayuh lagi. Biar kayuh kat belakang, biar tertinggal asalkan kayuh.
Total distance |
Average Speed |
No comments:
Post a Comment