27.9.13

Rendah Diri

Benda utama yang aku belajar sejak berkecimpung dalam 2 jenis sukan berlari dan berbasikal ni adalah sentiasa rendah diri. Sehebat mana pun kita jangan sombong dan berlagak dengan orang lain.
Jika kita bersukan sudah lama, tapi kemungkinan satu hari nanti kita akan belajar juga dengan orang yang masih baru.
Komuniti berlari dan berbasikal sangat baik. Jika kita sentiasa masuk apa-apa program larian atau berbasikal, kita akan perasan kadang kala orang yang sama sahaja akan turut serta. Sebelum, semasa dan selepas aktiviti masih tegur menegur antara satu sama lain. Ada juga yang berkenalan di event sebegini dan akhirnya menjadi kawan rapat.
Ia berkait rapat dengan kisah yang aku nak ceritakan, aku ada banyak join group basikal di fb. Kebanyakan group-group basikal ni bermula dari individu yang duduk di kawasan perumahan yang sama. Dari seorang dua mengayuh basikal akhirnya berkembang besar.
Ada satu group basikal yang aku join di fb. Belum pernah kesempatan untuk mengayuh bersama. Ada beberapa aktiviti yang aku berminat nak join dan beberapa kali bertanya soalan berkenaan aktiviti. Bila dimaklumkan kemudian aku tak join akiviti  tersebut terus diperlekeh.
Kejadian bukan sekali tapi berkali-kali. Mula-mula kena, aku jangkakan ini cara mereka bergurau, tapi rupanya memang itu perangai sebenar.
Akhirnya aku ambil keputusan untuk leave group tu.
Group itu sentiasa menceritakan pasal ahli kumpulan yang besar dan aktiviti-aktiviti hebat yang disertai. 
Fast forward 6 bulan kehadapan, aku dapat tau group to dah disbanded. Ahli-ahli group yang dalam satu taman perumahan tu dah tidak mengayuh basikal. Aku masih ingat lagi orang yang sentiasa kutuk-kutuk aku tak join aktiviti kayuhan diorang dan yang kelakarnya orang yang sama sekarang sibuk bertanya-tanya kepada orang lain tentang aktiviti terkini berbasikal yang perlu disertai.
Orang yang sama sekarang terpaksa mencari kawan baru kerana kawan yang sedia ada dah tidak mengayuh basikal.
Dalam kita bersukan, kita tak perlu nak sombong, tak perlu nak berlagak hebat kerana kita dah capai macam-macam.Jika kita rasa kita hebat sebenarnya ada orang di luar sana lagi hebat dari kita. Bila kita sombong dengan cepat akan jatuh muka tersembam ke tanah. Dan ketika itu terjadi baru nanti timbul rasa sedar dalam diri.

Khutbah Jemaat
AZP

No comments: