Aku selalunya buat post masa hari lahir Ammar sejak 3 tahun lepas. Tahun ini agak sibuk sedikit jadi hari ni baru sempat nak buat post panjang. Ammar tahun ni aku hantar ke sekolah. Sebab utama nak bagi percepatkan proses bercakap dia. Alhamdulillah lepas 3 bulan dan banyak perkataan dia boleh sebut. Sehingga 21 Oktober ni, hampir setiap minit bercakap. Senyap pun bila tidur aje. Amat berbeza dari setahun yang lepas. Ada video yang isteri aku rakam, masa sambut hari jadi dia, Ammar senyap sahaja. Tak bersuara dan hanya tiup lilin kat kek.
Di masa orang lain meyambut hari lahir anak dengan satu majlis khas beserta tema-tema kanak-kanak dan dijalankan di rumah sendiri atau di tempat-tempat tertentu, aku rasa hari lahir Ammar sesuai disambut bersama kawan-kawannya di sekolah. Bukan apa, aku hantar ke sekolah untuk tingkatkan soft skill dan percepat dan mahirkan percakapan. Jadi memang sesuai bila buat masjis seperti ini di sana.
Jadi persiapan dibuat oleh isteri, aku hanya bertindak sebagai pelulus kewangan sahaja. Ini kerana dia tend to go over the budget bila hal berkaitan Ammar.
Aku bagi kamera pada guru sekolah untuk ambil gambar sambutan hari lahir di sekolah. Hasilnya adalah seperti di bawah.
Selamat Hari Lahir yang ke 4 tahun Ammar Hasif. Semoga jadi anak yang soleh dan bijak pandai dunia akhirat.
Di masa orang lain meyambut hari lahir anak dengan satu majlis khas beserta tema-tema kanak-kanak dan dijalankan di rumah sendiri atau di tempat-tempat tertentu, aku rasa hari lahir Ammar sesuai disambut bersama kawan-kawannya di sekolah. Bukan apa, aku hantar ke sekolah untuk tingkatkan soft skill dan percepat dan mahirkan percakapan. Jadi memang sesuai bila buat masjis seperti ini di sana.
Jadi persiapan dibuat oleh isteri, aku hanya bertindak sebagai pelulus kewangan sahaja. Ini kerana dia tend to go over the budget bila hal berkaitan Ammar.
Aku bagi kamera pada guru sekolah untuk ambil gambar sambutan hari lahir di sekolah. Hasilnya adalah seperti di bawah.
No comments:
Post a Comment