Brooks pandai meningkatkan sales dengan sentiasa bagi voucher diskaun untuk event2 lari yang ditaja olehnya. Disebabkan kasut Nike Zoom Elite 5 dan Brooks Pure Flow aku dah hampir keadaan lupus, peluang yang baik untuk gunakan voucher 40 peratus diskaun untuk beli kasut baru.
Jafi kasut yang dipilih adalah Brooks Ravenna 4. Warna hijau terang. Tujuan utama adalah nak pastikan warna striking sahaja. Warna striking ni untuk aku bagi semangat nak habiskan sebarang event larian. Kasut ni didatangkan dengan tali hijau tapi ada juga tali hitam kepada mereka yang tak berminat dengan warna yang pertama.
Aku mencuba dalam hampir 50km sebelum cuba bagi analisis bodoh ni. Pertama sekali kesesuaian kasut ni aku rasa bagus untuk orang yang flat foot disebabkan arch dalam kasut agak rendah. Kasut ni kategori guidance cushioning jadi sesuai untuk pengguna yang overpronate. Aku sendiri sebenarnya adalah underpronator iaitu kasut makan disebelah luar. Tak salah aku dalam running community hanya ada 5 hingga 10 peratus pelari adalah underpronator jadi sukar nak cari kasut.
Kasut overpronator untuk pelari yang tapak kasut makan di sebelah dalam.
Aku sahaja mencuba kasut ni disebabkan nasihat penjual di kedai Brooks The Curve. Kaki kiri aku mendarat sebelah luar dulu sebelum mendarat dan tapak haus lebih kuat di sebelah luar berbanding belah kanan.
Kasut ni dari segi tapak agak tebal dijangka boleh bertahan dalam 500km lebih jika digunakan sebetulnya. Di bahagian tapak di tgh2 kasut ada satu plastik shank yang melengkung bertujuan untuk mengawal pronation agar tak bergerak terlalu ke dalam masa berlari.
Kasut ni di bahagian tapak melengkung di bahagian depan dan amat membantu untuk move forward bila berlari. Walaubagaimanapun untuk merasai propulsion tersebut pelari perlu ubah cara berlari dengan cara daratan mid foot dan front foot. Jika buat front foot lebih terasa lonjakan ke depannya.
Dari segi bahagian dalam pula cushioning yang ditawarkan bagi aku dah mencukupi bagi org seberat aku dalam 76kg. Ini bukan kasut berkonsep minimalist jadi tak boleh dibakaiksn tanpa alas kaki.
Dari segi pengudaraan agak minimal bagi aku dan berdasarkan pengalaman menggunakan stokin jenis nipis dan tebal aku rasa stokin nipis lagi sesuai untuk elakkan kepanasan kaki bila berlari lebih 10km. Dengan pakai stokin tebal dalam jarak 5km dah mula rasa panas di tapak kaki.
Bahagian depan kasut bersifat narrow jadi kepada pelari yang wide feet perlu ambil setengah saiz lebih besar. Kaki aku besar setengah saiz di sebelah kiri berbanding yang kanan tapi aku hanya beli saiz ikut kaki kanan kerana menjangkakan kasut akan mengembang sedikit selepas digunakan. Setakat ni tak rasa ketat mungkin disebabkan aku lebih gemar pakai stokin yang nipis.
Bagi aku susunan tali agak mudah bagi pengguna dan lebih grip kasut dengan kski jika diikat sebetulnya.
Yang terakhir sekali adalah dari segi berat. Ia lebih berat berbanding model Brooks lain yang kadangkala agak tidak selesa bagi sesetengah pelari. Jarak paling jauh aku pernah guna buat masa ni adalah 12km jadi ada terasa sedikit keberatannya selepas 10km.
Akhir sekali bagi aku kasut ni sesuai digunakan untuk training dan jarak sehingga 21km disebabkan cushioning dan durability tapak. Setakat ni juga xpernah dapat apa2 blister dari penggunaan.
Aku sendiri belum pernah gunakan untuk sebarang event lari kerana belum betul2 selesa dengan kasut ni. Dijangkakan aku akan guna semasa Newton Challenge 29 Disember nanti di Kinrara.
Waktu tersebut kita dapat lihat kebolehan sebenar Brooks Ravenna 4.
18.11.13
Brooks Ravenna 4 : Satu Analisis dari Bukan Pakar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment