7.12.13

11 Fakta Rawak di Banda Hilir Melaka

Y1. Jangan datang Melaka masa hujung minggu. Orang Melaka pun xmasuk bandar pada hujung minggu. Sesak gila. Waktu puncak adalah masa cuti sekolah, hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jarak dalam 5km tapi ambil masa 40minit.
2. Kawasan letak kereta di sana berbayar walaupun hari Ahad. Jangan beli kupon letak kereta sehari RM5 tapi beli kupon ikut jam RM6. Walau nampak lebih RM1 tapi sebenarnya lebih jimat.
3. Jarak keseluruhan jalan kaki dalam Zoo Melaka adalah 4.7km. Kawasan yang cukup sesuai nak buat body workout sambil lihat flora dan fauna.
4. Zoo Melaka lebih menarik dari Zoo Negara.
5. Kalau nak menginap di hotel di Banda Hilir,  pilih Equatorial atau Hatten.  Semua kawasan tumpuan pelancong dalam jangkauan langkah kaki. Sediakan wang sahaja.
6. Kebanyakan kedai mesti jual Asam Pedas.  Walaubagaimanapun bagi aku paling sedap adalah Asam Pedas Selera Kampung di Banda Hilir dan Asam Pedas di MITC.
7. Nak masuk Melaka jika lalu PLUS dan di exit Ayer Keroh pastikan guna Smart Tag. Paling koman guna TouchNGo. Kalau pakai tunai pasti beratur sampai tahun depan.
8. Medan Ikan Bakar Parameswara di Umbai hanya 30 minit perjalanan dari Banda Hilir. Masih yang terbaik dan termurah setakat yang aku tahu.
9. Jika bajet tak banyak untuk menginap di hotel boleh cari homestay. Boleh pilih Diimpiana Homestay. Atas pengalaman sendiri memang berbaloi.  4km dari pusat bandar.
10. Melaka bapak la panas.  Semak kaji cuaca untuk pergi masa waktu mendung atau hujan gerimis. Lebih berbaloi dari basah lencun dengan peluh.
11. Pakej beca RM40 untuk pusing selama sejam bagi aku berbaloi. Sebab dibawa ke tempat yang mungkin tidak ketahui oleh orang luar.

No comments: