masa di starting line |
Persediaan kali ini amat kurang berbanding Jamboree yang lepas. Jika dahulu minimum kayuhan on road 2 kali seminggu dan offroad bergantung kepada masa 1 kali seminggu. Untuk kali ini nak dapatkan 1 kayuhan on road pun susah. Ini semua atas faktor kesibukan kerja dan cuti sekolah. Bila cuti sekolah masa banyak dihabiskan dengan keluarga. Event pun hanya ada 1 atau dua sepanjang November dan Disember.
Pada asalnya aku menjangkakan tahap kesukaran adalah hampir sama dengan Gempak Hypertrax kerana lokasi yang hampir sama dan ada track dari Jamboree lepas cuma digunakan secara reverse sahaja. Disebabkan itu latihan pun agak kurang. Walaubagaiamanapun, jangkaan tu silap 100%. Bagi aku track ni lagi susah berbanding yang lepas atas 2 sebab. Dibuat dalam musim hujan dan trek tanah gambut.
Malam sebelum event hujan turun dengan lebat anda apabila trek bakal dilalui oleh 1400 peserta pasti akan melecakkan.
Event bermula 8.35 pagi, dilepaskan di dalam kawasan Paya Indah Wetlands, apabila dilepaskan berlaku banyak potong memotongdari rider dan tidak mengikuti route yang sepatutnya. Marshall Car akan berada di depan pada 2.5km pertama sahaja, dan selepas itu game on. Aku bermula agak belakang disebabkan sampai agak lewat. Berjaya juga potong memotong beberapa orang pada permulaan on road sejauh 7km.
Selepas itu offroad bermula. Masuk sahaja offroad terus mendaki, disebabkan sesak terlalu ramai rider pada masa tu, bukit tu tak boleh dikayuh langsung kerana hampir semua dah menolak basikal. Single trek downhil selepas bukit tu menambah lagi kesesakan yang ada.
Downhill agak mengujakan dan bagi yang berhati kering kedua-dua brek akan dilepaskan. Untuk aku, brek depan aku tarik sket. Tak berbaloi kalau jatuh selepuk masa downhill. Seterusnya kayuhan offroad di ladang sawit berselang seli dengan jalan raya. Ada satu check point masa di ladang sawit dan water station ada masa di salah satu jalan raya.
Part yang paling azab bila memasuki laluan tanah merah. Masa ini dugaan sebenar kayuhan. Cuba menekan sekuat mungkin untuk ke depan tapi tanah merah yang becak menyukarkan kayuhan. Perlu juga berjaga-jaga kerana licin dari selut boleh terjatuh. Hampir-hampir jugak terjatuh. Kemudian ke laluan tanah gambut. Jarak keseluruhan tanah gambut ni dalam 10km aku rasa. Walaupun 10km tapi seksaannya cukup memenatkan. Dengan cuaca panas, tanah berselut yang licin, mengelak batu dan kayu menyebabkan kayuhan jadi perlahan dan melenguhkan tangan dan punggung. Masa ni aku siap terfikir lagi memang nikmat kalau kayuh pakai Full-Sus.Nasib baik in between tu ada water station. Siap ada kaunter Extra Joss. Aku siap minum sebotol disebabkan penat. Kemudian sambung semula azab tanah gambut.
Selepas tanah gambut kembali ke laluan berpasir dan seperti biasa keadaan tanah lecak yang memenatkan. Pada masa ni hanya lagi 12km untuk ke finishing line. Teruskan kayuh hingga melalui lopak besar. Tak sanggup nak kayuh jadi aku pikul basikal sebab tengok 29 pun suku tayar tenggelam, apatah lagi aku yang pakai 26 ni. Bila masuk, air paras lutut.
Sambung kayuh sampai la ada satu laluan yang dibanjiri air mungkin disebabkan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Air tak berapa tinggi tapi amat memenatkan kayuhan dalam air. Half way kedua-dua belah peha . Terpaksa berhenti dalam air 5 minit. Selepas tu tolak basikal perlahan-lahan untuk keluar.
Selepas tu aku dah tak berani nak tekan lebih masa kayuh disebabkan takut krem balik. Pada masa ni cukup ramai orang yang potong sebabkan slow.
Sebelum finishing ada satu lagi cabaran single trail, kayuhan celah-celah pokok yang menarik dan syukur dapat kayuh tanpa sebarang kecederaan.
Akhirnya aku tamatkan kayuhan yang serba-serbi seksa ni dengan masa 2jam 40 minit. Ranking keseluruhan no 577/1400 dan ranking kategori no 279/679.
Bagi aku setakat pengalaman yang sedikit dan penyertaan jamboree yang amat sedikit tahun ni, aku rasa ini penganjuran terbaik dari segi pendaftaran, pengambilan goodies, trek yang disajikan, marshal, check point dan water station, penanda arah jalan. Cuma dari sudut negatif bagi aku ada satu sahaja kot, kene cari jalan agar xde rider yang guna chicken loop masa starting. Terlalu ramai guna chicken loop dan menjejaskan kayuhan .
mampu Bronze medal aje |
rezeki lucky draw. |
sebelum menolak bukit yang pertama |
sihat betul aku sekarang |
No comments:
Post a Comment