8.1.14

BMB Charity Ride : Ceritera Kayuhan


Kalau setiap masa masuk Jamboree pun bosan juga jadi kene la rajin-rajin cari event fun ride. Bila keluar event ni fun ride untuk membantu tambah dana membina masjid aku terus daftar. Rupanya bila check balik aku orang pertama yang mendaftar. Terlebih pulak semangatnya.
Tujuan utama program ni adalah untuk mengumpul dana bagi pembinaan Masjid At- Taqwa di Bandar Bukit Mahkota Bangi.  Setakat ni baru ada dalam 200 ribu wang yang telah dikumpul. Kalau xsalah kos keseluruhan dalam  juta-juta juga.



Ada 2 kategori iaitu kayuhan ceria dan cergas. Ceria merangkumi 15km on road sahaja manakala Cergas sejauh 30km campuran di antara on road dan off road. Ustaz Don ada juga turut serta dalam kayuhan Ceria
Disebabkan dekat dengan rumah jadi aku plan nak kayuh sahaja ke starting point. Jadi awal pagi dah dapat 7km kayuhan pemanas badan. Selepas 15 minit aku sampai, rider kayuhan cergas dilepaskan.  Laluan road dalam 12km sebelum masuk ke Ladang UKM Bangi.
Laluan offroad agak menarik dan dipenuhi dengan sesi mendaki sahaja.  Agak kepenatan untuk mendaki disebabkan dah push habis masa on road untuk ke depan.  Push habis utk ke depan pun tak dapat sampai yang depan. Nampak sangat slow. Haha. Okeh tak kelakar.


Benda paling best bila kayuh mendaki ke puncak ini adalah water point nya. Di puncak ladang tu ada water point dan semua rider disaji dengan air cincau nenas dan  pisang. Air cincau nenas ni macam air  slalu rider rasa masa kayuh kat Bukit Ramlee.


Bila dah naik pasti akan turun. Downhill memang superb dan mengujakan. Masa ni angin menderu-deru kat muka. Selepas tu keluar terus dari ladang dan menghala semula ke starting point.
Sampai ke penamat rupanya ada medal. Kesemua rider Ceria dan Cergas akan menerima medal hasil tajaan KBS.
Aku sampai dalam jam 10pagi, plan nak tunggu sampai makan dan disbbkan makan hanya sampai jam 11 pagi aku terus kayuh balik. Aku tak tunggu pun cabutan bertuah dan lain-lain.
Untuk menjana pendapatan tambahan ada juga dibuat Car Boot Sale di tapak program. Nampak meriah jugak
Event bersifat charity sebegini patut diteruskan dan ada juga yang mencadangkan dijalankan setiap tahun utk tambah dana pembinaan masjid ni jalankan setiap tahun. Program ni pada akhirnya berjaya mengutip jumlah bersih dalam RM15k bagi tabung pembinaan masjid.
Jika ada yang berminat nak menderma juga bagi membantu pembinaan Masjid At- Taqwa ni boleh klik di sini dan sini.




No comments: