17.2.14

Kayuhan BerNilai : Rider Gantian


Aku pada mulanya memang tak join event ni. Puncanya dalah berdasarkan pandangan aku semasa test trail yang lepas(rujuk sini). Petang Jumaat, Syed bagi tau yang dia nak aku masuk gantikan dia sebab fork basikal dia ada masalah jadi membahayakan kalau nak kayuh.
Aku ada buat beberapa kesilapan kecil tapi mainkan peranan besar sebelum mula msk event ni. Pertama, tidur tak cukup. Tidur 2 pagi dan bangun 6 pagi. Punca tidur lewat, tertidur waktu sebelah petang hari sebelumnya.
Kedua, tak check keadaan basikal sebelum mula event. Basikal selepas event XTerra memang aku tak tengok. Hasilnya tayar kurang angin(grip kurang bila downhill), brek belakang tak makan dan ada beberapa shifting gear yang tak masuk.
Aku kayuh dari rumah ke tapak event ni. Selepas geng basikal Nilai Impian perkenalkan aku dengan jalan shortcut ke USIM aku terus guna sana. Jimat jarak dalam 6km. Jimat tenaga paling penting. Bertolak dalam pukul 7.20 dan sampai 7.45.
Sampai sana  aku terus beratur pada starting line. Seperti biasa akan check in dengan amik sticker dan potong nombor untuk lucky draw sebelum masuk starting line. Bila mula beratur pukul 7.45 hingga nak mula kayuh 8.30 ni terasa seksa juga menunggu. Kat situ dah ada yang komplen pasal pelepasan. Katanya tak dimaklumkan organizer. Aku setuju juga part tu sebab tak dimaklumkan dalam laman web rasmi dan hanya orang yang bertanya di facebook aje dapat tau.


Pelepasan bermula di pintu masuk stadium tertutup Nilai. Yang agak kelakar di sini di tempat pelepasan tiada MC ataupun speaker untuk bagi taklimat dsbg. Speaker ada terletak di belakang skali di pintu masuk ke dalam stadium. Bila jumlah rider 1200 amat menyukarkan untuk dengar jika ada pengumuman. Dilepaskan dalam jam 7.40 pagi. Masa pelepasan kesemua cuba nak speed utk cuba buat break away untuk jarakkan diri dengan peserta lain tapi jalan raya yang berbukit betul-betul di depan kawasan starting amat menyukarkan. Jarak road sebelum mula masuk ke kawasan offroad dalam 5-7km aku rasa.

trail map dari seorang kawan yang turut serta join.
Perkara paling mengecewakan aku adalah sports-tracker aku tertutup sendiri secara tak sedar. Jadi tiada data aku dapat collect untuk event ni. Semasa test trail jarak yang dibawa organizer adalah dalam 20 km sahaja dan untuk event kali ni dari meter basikal sejauh 30km.
 Ini adalah jumlah kayuhan dari rumah aku+ event + patah balik. Bila ditolak  keseluruhan trail dalam 30km/

Ada beberapa penambahanbaikan berbanding test trail yang lepas. Untuk event ni banyak bukit yang perlu di redah. Kemuncak trail ni bagi aku adalah Bukit Lembu. Walaubagaimanapun sebelum sampai ke Bukit Lembu ni ada beberapa bukit lain yang perlu diredah.
Selepas Bukit Lembu juga ada perbezaan dari route yang biasa aku lalu. Ada satu laluan turun ke kiri tapi untuk event kali ni ke kanan. Variasi ni bagi aku menarik kerana laluan ke kanan menambah lagi jumlah bukit yang perlu di daki . Selepas ni adalah tempat di mana banyak rider tersesat kerana terdapat simpang yang boleh membawa kita semua ke permulaan kaki Bukit Lembu.  Aku hampir tersesat tapi sebab dah biasa dan ikut test trail dapat lalu ke arah yang betul.
Ada beberapa laluan yang diperbaiki organizer. Dari maklumat di FB dalam RM5000 diperuntukkan untuk perbaiki laluan ni. Hasil dari operasi pembaikan ni laluan amat berdebu. Kesilapan aku dengan tak bawa spek mata menyeksakan diri sepanjang kayuhan.
Terdapat 3 water point disediakan penganjur pada event ni, pertama selepas melintas terowong bawah highway sebelum memasuki trail ke arah Bukit Lembu, kedua di puncak Bukit Lembu dan ketiga sebelum terowong melintas highway menghala ke arah Nilai Spring/Finishing.
Laluan keluar adalah dari pintu belakang USIM sama seperti test trail dan dari pintu belakang tu ada dua lagi bukit tarmac yang perlu ditempuh sebelum sampai ke finishing di Pintu Masuk Stadium tersebut.

Ini adalah jumlah keseluruhan masa yang diambil dari aku keluar rumah awal pagi hingga balik semua ke rumah. Bila di tolak masa, aku ambil dalam 2 jam 14 minit 59 saat untuk habiskan jarak 30km tu.
Sampai ke finishing aku tak tunggu lama sebab jam pun dah pukul 11 pagi. Nak balik awal sebelum semakin panas sebab aku datang ke tempat event mengayuh. Aku pegi ke booth extra joss minum 2 cawan dan terus balik. Bila di lihat macam tak meriah sangat tapak event. Aku cari juga kalau nombor ada naik untuk lucky draw yang kecik-kecik macam dapat tiub ka, chain protector ke dan lain lain.


Keseluruhannya aku tamatkan event dengan overall no 324 dari 1202 rider. Berdasarkan kategori aku dapat no 219 dari 752.  Maklumat jumlah rider aku dapat dari laman web rasmi event.Kalau tak salah aku ada rider yang dapat gold dan silver berdasarkan ranking. Cuma bagaimana pengagihan aku tak pasti.

Aku list down PRO dan CON bagi event ni. Segalanya seperti di bawah.

PRO
1. Trail yang jauh berbeza dari test trail yang lepas. Penuh bukit dan laluan downhill yang mengujakan.
2. Penjagaan check point untuk tampalan sticker yang teratur. Difahamkan pelajar USIM yang jaga ni di setiap check point.


CON
1. Speaker yang jauh dari kawasan permulaan. Apa yang dimaklumkan oleh MC tak didengari peserta.
2. Tiada simple breifing sebelum mula tapi ni perkara kecil aje.
3. Memperbaiki laluan yang tak sepatutnya menjadikan laluan berdebu. Amat berbahaya dan tidak menyihatkan paru-paru terutama ketika pada masa sekarang cuaca panas.
4. Terdapat banyak tempat nak chicken loop disebabkan tiada marshall. Disebabkan event ni ada ranking sepatutnya ada marshall di tempat tertentu untuk elakkan rider menipu.
5. Marshall juga takde di simpang-simpang yang berpotensi tinggi nak sesat. Hasilnya memang ramai rider sesat.
6. Signage yang amat kurang. Dah la takde marshall, signage kurang lagi seksa. Kebanyakan trail perlu tunduk kepala ke bawah sebab debu dan bila takda marshall dan signage amat menyukarkan.
7. Kehabisan air. Aku tak merasa masalah kehabisan air ni mungkin sebab aku kat kelompok tengah. Aku kesian dengan rider belakang yang tiada air. Aku dari awal dah bersedia dengan waterbag.
8. Tiada medic di setiap checkpoint. Keselamatan rider tidak diutamakan. Laluan uphill, downhill dan berdebu membahayakan rider. Potensi kecederaan tinggi.
9. Bila aku tengok balik di plat tiada nombor untuk kecemasan diletakkan. Ini tanda penganjur tidak pengalaman.
10. Lucky draw aku dimaklumkan hanya ada 15 barang. Jadi berbaloi aku balik awal. 15 barang untuk diberikan kepada yang bertuah dari 1200 peserta. Konfem tak dapat.
11. Penganjur kene faham konsep goodies bag. Goodies bag bermaksud bag ada goodies. Bagi aku jika bag tu hanya ada baju, plat dan energy bar lebih baik dipanggil race kit/event kit. Ini boleh mengelakkan rider bising bila tengok tak dapat ape dalam bag tu.
12.  Tiada rider sweeper dari organizer dan lori untuk pickup rider yang cedera/basikal rosak. Ada kawan kepada kawan aku keluar jam 2 petang tu pun direscue oleh kawan sendiri bukan dari pihak organizer.
13. Medal plastik menjadi bahan utama kemarahan rider. Mungkin kalau dimaklumkan awal-awal design dan diperbuat dari apa boleh mennyejukkan hati peserta.
14. Penganjur dari syarikat travel agen jadi aku rasa kurang pengalaman nak handle event basikal. Lebih-lebih lagi bila rider bandingkan dengan event lain yang mereka bayar pada harga yang sama.

Kesimpulannya bagi aku maslaah bagi event ni kebanyakan dari segi organisation aja. Jika masalah ni dapat diselesaikan aku rasa event ni boleh berjaya. Penganjur perlu terima dengan hati terbuka segala segala komen dan feedback peserta dan jika mereka masih berminat dan berani cuba untuk menganjurkannya sekali lagi pada tahun depan.
Aku pun tak nak komplen banyak sebab apa event RM125 macam XTerra pun boleh hancur dari segi penganjuran apetah lagi event RM50 sebegini. Bukan nak membandingkan harga event tapi benda-benda sebegini boleh terjadi di mana-mana event bertaraf antarabangsa atau tempatan.
Moga ia tak mematahkan niat organizer untuk anjurkan lagi pada masa akan datang.


Habis kotor berdebu. Sebelum di cuci.


2 comments:

Unknown said...

bro....software map apa yg kwn bro guna tuh...mcm menarik jer...bole highlightkan kaw uphill bagai.....

No Surprises said...

ni diambil dari website movescount.com. Data dicapture menggunakan suunto ambit 2.
Xpasti samada software ni boleh di download dan digunakan kat handphone android dsbg.