Penyertaan aku di dalam ni sebenarnya adalah satu bentuk cabaran. Mencabar diri ke tahap maksimum yang aku boleh. Dengan latihan yang amat biasa-biasa aku datang untuk XTerra. Aku ambil race kit sehari sebelum event dan semasa mengambil race kit tu aku tengok kawasan event di Kompleks Renang Presint 5 tu macam hambar macam tiada apa-apa. Di tempat race kit langsung tiada apa-apa booth sponsor atau booth sports product lain.
|
persediaan malam sebelum |
Esok pagi aku dan dua kawan lain Hasni dan Rizal sampai awal dalam jam 5 pagi. Parking di basement Kompleks Renang. Mula buat persiapan barang terutama basikal dan gear lain untuk diletakkan di kawasan transition. Pada masa tu aku dapat tau yang setiap peserta tak diberikan bakul di kawasan transition tak macam tahun lepas. Nasib baik aku bawa beg untuk simpan barang.
|
kwsn transition |
Selesai solat subuh, buat last check kat kawasan transition pastu terus gerak ke starting line. 3 event mula serentak iaitu MTB XC, Triathlon dan Duathlon. Untuk MTB XC dan Duathlon dilepaskan di kawasan sama. Dilepaskan jam 7.10 oleh Tan Sri Aseh Che Mat.
|
Run |
Ini adalah larian pertama. Strategi adalah untuk mantain pace untuk berada di tengah-tengah pack. Sebabkan ni lari pertama aku lari trail dan kasut pun main belasah aje kasut biasa aku rasa berada di tengah-tengah pack dah sesuai. Pada masa ni Hasni dan Rizal dah jauh meninggalkan aku.Selepas u u turn, naik bukit ada satu water station.
Hampir tersesat waktu di simpang lepas patah balik pun merugikan aku masa. Puncanya mengikut orang depan sedangkan aku tahu jalan tu dah lalu pada permulaan. Pada masa aku sampai ke kawasan untuk transition ke basikal Rizal dan Hasni dah nak mula mengayuh.
|
masa ni mereka dah nak mula kayuh, aku baru sampai di sebelah |
Masa di kawasan transition, aku tak mahu tergesa- gesa dan cuba untuk ambil nafas. Terdengar juga ada kata-kata orang di situ yang tak bagi berhenti, fast in fast out katanya. Aku tukar stop sports-tracker, tukar kasut, pakai water bag, makan pisang dan minum separuh gatorade. Selepas tu bersedia nak keluar. Pada kawasan trasition adalaha kawasan haram berkayuh. Jadi hanya boleh tolak dan seterusnya pikul basikal naik tangga dan di atas baru boleh mula berkayuh.
|
permulaan kayuh. grip velcro glove pun tak pasang nak cepat sangat |
|
Bike |
Part basikal ni adalah masalah utama aku kerana aku tak laju. Jadi aku ambil extra effort untuk baca description peta di laman web untuk tau kawasan. Kelebihan utama bila tahu baca course map ni kau boleh tau di mana nak pecut, slow down dan paling utama nak elakkan dari sesat. Bila sesat akan bazir masa dan paling utama BAZIR TENAGA. Aku memang cukup lemah kat bahagian teknikal dan bukit. Kekuatan aku adalah masa laluan landai sahaja. Jadi plan aku sepanjang bike course ni aku akan pecut di kawasan landai tak kira atas tarmac atau offroad.
Permulaan agak laju dan seterusnya amat perlahan di Putrajaya Challenge Park (PCP) kerana ia bersifat teknikal. Aku tak beberapa mahir dan hati pun tak cukup kering. Kat kawasan ni amat mencabar dan kat sini aku lebih banyak menolak dari turun. Keseluruhan dalam PCP ni dalam 6km. Seterusnya bila keluar PCP lalu kawasan landai yang amat bumpy. Di situ baru aku cuba pecut walaupun kawasan sebegini cepat habiskan tenaga dan melenguhkan. Selepas naik dari kawasan yang bumpy ni ada satu water station.
Seterusnya bergerak ke taman equesterian dah menghala ke jambatan untuk lintas Sungai Langat. Semua tempat boleh kayuh di kawasan ni. Seterusnya lalu kawasan lalang yang landai, single trail. Di kawasan ni aku push gila-gila hingga nak krem. Kayuh hingga keluar ke Jalan Mondok tak salah aku dan seterusnya bergerak ke arah Bukit Tok Rashid. Di Bukit Tok Rashid merupakan puncak tertinggi dalam bike course ni dalam 181m dari aras laut. Mendaki bukit juga bukan kekuatan aku jadi aku hanya mantain slow pace. Yang penting dapat kayuh sampai habis ke puncak. Half way nak naik ke puncak ni aku jumpa Hasni yang tengah downhill.
|
puncak Bukit Tok Rashid. Gmbr dr Rizal |
Di puncak ada tali biru perlu diambil sebagai tanda dah sampai puncak. Berenti kejap untuk makan power gel. Seterusnya terus downhill. Downhill amat mengujakan dan ada satu kawasan yang sedikit bahaya masa downhill yang berpasir betul-betul sebelum masuk semula ke tarmac. Dari sini berkayuh di tarmac dah ada water station terakhir. Aku ambil masa untuk refill secukupnya. Isi air dalam botol sebab air aku habis kene pau dengan sorang mamat masa kat puncak Bukit Tok Rashid tu. Seterusnya lalu ke tarmac hingga masuk ke ladang sawit. Dari ladang sawit akan jumpa kawasan tasik. Di situ panas gila disebabkan tiada pokok langsung. Kat situ juga aku jumpa Rizal. Dia krem teruk. Aku kayuh skali dengan dia hingga keluar dari taman equestrian. Pada masa ni Rizal krem lagi sekali dah suruh aku tinggalkan dia.Keluar dari Taman Equesterian terus menuju ke puncak PICC.
Puncak terakhir pada masa ni. Bila di sini aku dah tau hampir di finishing line.
Ada downhil dari PICC ke tarmac yang agak bahaya sebab ada akar-akar pokok. Seterusnya lalu ke Pullman Hotel dan terus ke kawasan transition. Sebelum masuk ke kawasan transition wajib turun dari basikal.
|
Run 2 |
Pada sesi trasnsition ni aku ambil masa yang lebih lama dari transition yang sebelum ni. Macam tak cukup nafas rasanya. Siap boleh duduk tukar kasut. Minum gatorade dan makan pisang. Kemudian ambil nafas lagi baru sambung lari. Masa tu dah panas terik. Terus lari ke route yang sama seperti pagi tadi. Hanya mampu berlari-lari anak sahaja. Bila naik bukit dah tahap berjalan seret kaki. Terlalu kepenatan. Risau takut krem lagi. Bila nak sampai ke kawasan u turn dah rasa amat tak tahn terus makan lagi satu power gel. Kalau ikutkan nak makan masa dekat water station tapi disebabkan tak larat sangat dan lepas u turn tu naik bukit makan juga walau tekak rasa kelat. Masa u turn tu ternampak Hasni. Dia pun dah tak boleh nak lari sebab krem. Dari situ aku cuba nak dekat dengan dia dan jumpa dia di water station. Masa kat water station tu dah xnak minum dari cup terus ambil sebotol dan sambung. Sambil minum boleh buat simbah kepala bagi hilang panas.Ajak Hasni lari perlahan-lahan tapi dia dah tak boleh sebab nak krem. Akhirnya lari sendiri ke finish line.
|
Finishing |
Masa ni dah tak sabar nak ke finish line. Cuba juga lari secepat yang boleh walaupun masa tu dah pace macam berjalan aje. Akhirnya sampai juga ke finishing line dengan masa keseluruhan tidak rasmi 4 jam 39 minit(dari jam tangan). Nikmat sampai ke finish line tuhan sahaja yang tahu. Ini adalah event paling seksa pernah aku buat. Kepenatan dia sampai nak kunyah makanan masa makan kat rumah pun tak larat sebab rahang lenguh. Xpernah lagi sampai tahap rahang lenguh.
Keseluruhannya aku berpuas hati dengan trek yang diberikan memang puas. Segala ketidak puashatian pun aku dah letak dalam post lepas. Perasaan puas hati aku datang sebab aku berjaya mendapat lebih baik dari target asal untuk tamat dalam masa 5 jam. Aku rasa kunci kepada kemampuan aku tamat lebih awal dari target adalah dengan buat perancangan.
Aku buat perancangan kat mana nak lari laju atau perlahan, kat mana nak kayuh laju dan perlahan. Kat lokasi mana nak makan power gel dan minum air dan sebagainya. Membaca course map banyak membantu aku dalam jimatkan tenaga yang tak seberapa ni.
Kesimpulannya, aku akan join balik event ni atas sebab cabaran yang diberikan tapi aku tidak akan join kalau yuran pendaftaran kekal atau lebih tinggi dari harga tahun ni.
|
Add caption |
No comments:
Post a Comment