18.3.14

MH Cyclomotion Jamboree Lasak 360 2.0 : Membalas Dendam

Aku antara yang terawal mendaftar bagi kayuhan ni. Sangat awal sehingga aku lupa nak tukar status mendaftar dari individu ke  group Spirit Team Cycle. Tujuan utama adalah nak membalas dendam bagi jamboree edisi tahun lepas. Tahun lepas bagi aku amat menyeksakan mungkin disebabkan tak cukup latihan dan persediaan. Keadaan tahun lepas amat teruk hingga aku tamat tampa ranking dan terus balik rumah akibat kepenatan. Balik dan tidur pada jam 1.30 tengahari dan hanya bangun pada jam 9 malam. Tahun ini ingin mencuba lagi di lokasi yang sama, Kota Warisan.


Untuk edisi kali ni hanya 3 orang yang join seperti juga tahun lepas cuma kali ni dengan 2 orang yang berbeza. Aku sampai awal untuk beratur di barisan jamboree tapi tak bukan di bahagian depan. Hasni dan Rizal masuk kategori race jadi berada di depan dan akan dilepaskan dahulu.

aku, Rizal dan Hasni

Kategori race dilepaskan jam 8.05 pagi manakala untuk jamboree pada 8.20 pagi. 15 minit gap untuk bagi race lead di depan. Untuk kategori race hanya 300 orang dan setiap peserta ada dibekalkan timing chip. Untuk Jamboree pula ada 1900 orang.
Selepas pelepasan jamboree kelihatan route yang digunakan adalah reverse bagi tahun lepas. Jarak road dalam 6km dan seterusnya ke single trail di ladang sawit. Berlaku kesesakan disebabkan ramai rider menolak kerana ada jambatan melintas sungai yang agak sempit.
salah satu bukit sebelum ke puncak Bukit 360

Seterusnya memasuki ke kawasan offroad kota warisan dengan single trail juga dan selepas itu bermula la pendakian demi pendakian. Pendakian ini untuk tiba di water point dan check point pertama di puncak Bukit 360. Aku tak berhenti untuk ambil air kerana bawa water bag bagi event ni.

Di puncak Bukit 360

Dari puncak bukit 360  tu seterusnya dihidangkan dengan downhill lazat sejauh 2km. Lenguh tangan dan peha. Seksa. Nak duduk tak boleh skali terlanggar lubang, mau pecah telor.  Terus mengayuh hingga ke check point 2. Kayuhan ke check point 2 aku tak berapa ingat disyaki ditampar makhluk halus semasa mengayuh (haha...ok...tak kelakar). Aku pun tak pasti kenapa aku tak ingat, mungkin faktor penuaan.  Di check point kedua ni aku rasa ramai yang potong aku disebabkan terasa amat penat dan mula memperlahankan kayuhan.
Untuk ke check point ke 3 akan melalui terowong untuk melintas ke sebelah sana menghala ke dengkil. Di check point 3 ada disediakan pisang dan air. Aku berhenti sekejap untuk makan pisang dan terus mengayuh. 
Ada satu kawasan tu aku stop mengayuh walaupun tengah keseorangan disebabkan ada sekawan lembu berhenti di tepi . Kenangan di kejar lembu masa mengayuh di kota warisan 2 tahun lepas masih aku ingat mengebabkan aku tunggu dan lihat. Bila dah ramai orang baru aku kembali mengayuh.
Bagi race dan jamboree trail adalah sama kecuali di penghujung di mana jamboree hanya ada 2km ke finishing gabungan trail landai tepi jalan dan kayuhan di tarmac. Bagi race pula ada sambungan di kawasan bukit di mana lebih berkonsepkan XC race.


Tiba di kawasan penamat pada 2 jam 11 minit tak temasuk waktu rehat dalam jangkaan pukul 10.45 pagi. Jauh beza berbanding tahun lepas di mana aku hanya tamat dalam jam 12.00tghari selepas bermula jam 8.30pagi.
Pada akhirnya bejaya tamatkan tahun ini pada no 498/1900 memang jauh beza dari tahun lepas sebab tahun lepas langsung takde ranking.


 Bagi penganjuran tahun ni aku rasa lagi cemerlang dari tahun lepas. Pujian aku berikan kepada penganjur dan aku yakin ia bakal jadi event yang dinanti-nanti oleh setiap rider saban tahun. Bagi kepuasan trail pula aku rasa tahun lepas lagi mencabar kerana bukit yang tak habis-habis. Tapi mungkin juga aku rasa mencabar disebabkan aku tak banyak buat persediaan pada tahun lepas jadi rasa amat terseksa nak habiskan.

info lanjut di sini

Jika aku nak list downkan kelebihan event memang banyak dan keburukan bagi aku takde. Jadi aku rasa kepada yang belum join jamboree ni patut mencuba dan aku yakin peserta tahun ini pasti akan datang lagi tahun hadapan.


No comments: