8.5.14

MCP


Nama Penuh : Mahkota Challenge Park.
Lokasi : Bukit Mahkota, Bangi
Jarak : 4.7km (1 Lap)

Tahniah diucapkan kepada Geng BMB,M6, Otai Pak Din Nordin dan yang lain-lain kerana inisiatif mereka dalam membuka trail ni. Rasanya dalam 2-3 minggu juga la mereka membanting tulang membuka trail.
Trail mempunyai switchback, uphill,downhill, river crossing, rock garden. Kombinasi menarik ala-ala Putrajaya Challenge Park.

Semalam baru kali pertama aku mencuba trail yang diorag buat. Apa yang aku katakan trail amat mencabar dan memenatkan. Reaksi perlu pantas. Penanda pun dah siap lengkap jadi tak susah kalau nak masuk kayuh secara berseorangan. Sempat juga la terbalik basikal semalam sebab downhil melanggar tunggul, nasib baik calar sikit aje.



Aku yakin tak lama sebelum trail ni popular dan akan menjadi aktiviti kayuhan offroad sepanjang masa buat rider-rider berdekatan

Di bawah ni ada beberapa gambar dari semalam dan pagi tadi. Gambar lebih banyak boleh lihat di sini.











No comments: