Aku antara yang terawal register event ni atas beberapa sebab. Pertama, organizer ada track record yang baik. Kedua kedai basikal yang aku selalu pergi untuk beli barang dan servis basikal, 'Kedai Basikal Lasak' dan group basikal Huru Hara KLIA adalah sebahagian dari penganjur dan ketiga yang paling penting skali sebab dekat dengan rumah. Bila dekat tak la aku perlu bermalam kat mana-mana dan kos dapat dikurangkan.
Tujuan asal event ni dibuat kalau mengikut laman web untuk register adalah untuk promote website Ride Houz yang bakal menjadi tempat untuk membeli basikal, part, akesesori secara online. Seperti biasa registration pada event ni di buat pada laman web bikeaway. Bagi aku cara registration sebegini amat mudah kepada peserta dan kepada organizer. Sepatutnya laman web ni dijadikan hub setempat untuk register event-event basikal. Walaubagaimanapun ada juga organizer lain yang memilih untuk bangunkan website registration mereka sendiri untuk event yang mereka laksanakan.
Goodies bag seperti biasa boleh diambil sehari sebelum dan masa pagi sebelum flag off event. Aku ambil pada sehari sebelum. Lokasinya di Bay 12, Sepang International Circuit. Tujuan utama adalah nak riki2 tempat supaya keesokannya xde la tersesat dan dah check siap2 tempat untuk parking kereta. Masa pengambilan goodies berjalan lancar sebab masa tu crowd belum ramai lagi. Details pasal goodies bag ada pada entri sebelum ni.
Untuk edisi kali ni hanya 2 orang sahaja yang join. Makin lama makin kurang plak ahli. Mungkin next event seorang aje.Nak buat camna semua ada perancangan masing-masing. Aku kalau ikutkan pun macam tak dapat nak join sebabkan tapak kaki kanan ada sakit tapi gagahkan juga dengan harapan asalkan dapat tamat sudah walaupun kayuh santai.
Hari kejadian aku tiba awal dalam jam 6.45 tujuan utama nak parking dekat dengan starting line. Sampai terus setup basikal dan gear lain dan tunggu Rizal datang untuk pass goodies bag dia. Dia sampai dalam jam 7.15 pagi dan terus gegas ke starting line. Tujuan utama beratur awal ni bagi aku lebih kepada nak elakkan jem. Sebab dalam event yang berjumlah 1200 rider ni dapat pecut awal di tarmac mengelakkan dari kene kesesakan terutama bila ada satu bukit mencanak naik Auzubillah punya tinggi. Bagi pro-pro rider dan rider laju lain beratur depan ni menjarakkan diorang dan memudahkan terus ke depan tanpa sebarang halangan.
Rizal, Anas dan Aku |
bergurau senda dengan rider sponsor baru Damiena Cycling, Usop |
Dapat beratur di belakang group power dan laju Damiena Cycling. Lama jugak menunggu flag off. Disebabkan dalam laman web tulis jam 8 pagi, aku menjangkakan itu adalah masa flag off, sebaliknya hanya dilepaskan dalm jam 8.30 pagi. Ni lebih kurang waktu standard pelepasan jamboree basikal. So daripada kosong kawasan starting hingga la penuh kawasan tapi masih belum dilepaskan. Ada VIP yang membuat pelepasan tapi aku tak dengar nama dia sebab speaker jauh dari kawasan starting, jadi hanya rider belakang je boleh dengar dengan jelas.
Problem dengan rider dalam Jamboree ni adalah bila datang lambat tak nak ke belakang, jadi semua duk tunggu depan walau datang lambat. Benda ni tak sepatutnya jadi, kesian kepada orang yang tunggu awal beratur sejak awal pagi. Ms aku sampai pkl 6.45 dah ada org beratur kat starting, sebelum pelepasan orang yang beratur awal tu tak dapat depan sekali sebab ada yang dah potong Q.
details di sini |
Pelepasan jam 8.30 pagi dari pelepasan dah ada sedikit jem disebabkan kawasan Bay 12 tu ada pagar yang perlu dilalui tetapi sempit. Dari starting tu aku rasa on road dalam 200 meter sahaja sebelum terus ke kawasan offroad. Masuk ke offroad mula ada kesesakan sedikit disebabkan on road yang pendek masa starting, so tak ramai boleh buat breakaway. Dari starting ada beberapa tempat sesak, kebanyakannya disebakan ada busut dan bukit di mana ada rider mula menolak.
Permulaan laju dan semua memecut, part downhill aku kurangkan kelajuan sket sebab risau dengan permukaan yang berbatu dan amat tak rata.Pada masa ni, ramai rider potong sebab diorg mmg lepaskan habis brek. Bila mula bukit pacak yang pertama pada masa aku sampai semua rider dah menolak. Takda ruang nak kayuh. Aku pun menolak sebab kaki pun tak cukup kuat nak climbing dan xde ruang kayuh ni boleh sebabkan terjatuh lebih-lebih lagi kalau tak sempat buka klip.
Disebabkan trail event ni adalah di ladang sawit jadi dah dijangkankan rolling hills, di mana keadaan bukit turun naik turun naik yang amat menyesakkan dada. Pada masa mendaki memang ramai yang sesak, ada yang rehat dulu di bawah, ada yang rehat half way dan ada juga yang tolak sepanjang bukit macam aku tapi habuannya pada puncak bukit adalah downhill yang mengancam.
Pada masa ni kene berjaga-jaga sebab masa downhill jika terleka boleh jatuh sekelip mata. Depan aku ada seorang budak jatuh siap somersault dengan basikal akibat terlalu laju. Nasib baik xde apa-apa. Tak lama selepas tu Rashid potong aku, tempat potong masa climbing. Punya la power masa climbing siap tegur aku borak sepatah dua. Aku dah kayuh macam siput waktu tu.
Masa tu ada part potong memotong antara aku dgn Rashid. Aku potong dia, dia potong aku. Akhirnya ada satu bukit pacak aku dah tak larat nak kayuh, dia selamba climbing sampai atas. Selepas tu dia dah tak kelihatan dah sampat la aku jumpa di finishing line. Kalau ada yang tertanya status rizal ms ni, dia dah potong aku kat KM yang pertama lagi dan terus hilang dari pandangan.
Pada masa ni pendekatan aku adalah masa bukit kayuh, walaupun perlahan macam siput sebab kalau aku tolak masa mendaki kaki kanan lebih sakit. Waktu downhill kasik lepas brek biar laju dan masa flat terus cadence.
Plan ni berjaya hingga satu ketika ada masa rasa seksa nak mendaki. Disebabkan aku bawa waterbag, so setiap waterpoint aku tak berhenti untuk minum, hanya ambil sticker check point sahaja. Sepanjang route ada 3 check point dan setiap check point ada water station
Kat water station 2 ada disediakan pisang, kat situ jumpa Abg Misai, sempat dia berlari ambil gambar aku. Selepas water station 2 ni la Usop potong aku tanpa simpati. Kemudian mendaki dan di puncak terus di kayuh ke depan meninggalkan aku kat belakang.
Kat puncak bukit ni yang aku perasan ramai rider chicken loop. Walaupun ada tali direntangkan untuk elakkan rider potong jalan, disebabkan takde marshall jaga jadi ramai yang selamba potong. Depan mata aku masa tu boleh nampak dalam 10 orang potong line. Shame on you, BOO!
Tak berapa lama lepas tu Rashdan plak potong. Rashdan tak beberapa sihat, baru baik dari cirit birit. Siap boleh muntah kat dalam trail, boleh potong aku. Nampak sangat aku slow. Bila dia potong nak kejar pun tak larat. Ni la kisah rider gemok dan slow.
Pada check point ke 3 marshall dah bagitau dah tak jauh dari finishing, aku pada waktu tu pelik sebab tak salah aku meter baru 20km . Dalam lagi 5km offroad lagi dah terus keluar ke tarmac. Rupanya pada masa tu dah ada signage nak sampai finishing tapi aku tak prasan. Bila ada anggota RELA bagitau dah nak sampai baru aku tau yang dah keluar dari kawasan trail ke finishing.
Nak kejar ranking punya pasal henjut la gila-gila atas tarmac. Kena la pulak jalan menurun, pakai gear besar depan, kecik belakang dapat la potong beberapa orang. Yang bestnya tengah beratur nak ambil ranking kat finishing line rileks je ade brader potong line. Hampeh betul. Bila rider belakang aku sound baru la dia masuk barisan.
Rupanya event ni hanya 25km sahaja, pada bacaan awal aku macam nampak tulis 30km. Apa-apa pun bukan jarak tu yang jadi penentu cabaran, tapi trail rolling hills tu yang menjadi cabaran.
Berjaya habiskan kayuhan dengan masa 1jam 54 minit. Ranking keseluruhan no 299/1281. Ranking mengikut kategori 183/731. Yang menariknya ini lah kali pertama dan mungkin kali terakhir aku dapat medal silver. Ranking 101-300 akan dapat Silver. No pun 299 hujung2 yang layak dapat silver. Haha.
Kepenatang sebelum di finishing |
walaupun tak mungkin podium, nak juga bergambar di tempat podium |
Jika nak di list down pro dan con event ni bagi aku seperti di bawah. Aku list down ni pun bukan nak condem organizer tapi lebih kepada contructive criticism bagi acara akan datang. Ia juga satu peringatan berguna untuk diri, jika berminat nak buat event pada masa akan datang. Pujian aku berikan kepada organizer terutama Kedai Basikal Lasak dan group Huru Hara KLIA bagi menganjuran yang amat berjaya ni. Moga mereka meneruskan lagi pada tahun hadapan.
Pro
1. Trail yang lazat. Bak kata organizer lemak berkrim. Rolling hills tu memang penarik trail ni.Xde langsung sungai nak dilintas pun satu big plus bg aku sbb xde la susah2 kasut basah.
2. Yuran RM50. Yuran maksima RM50 merupakan penarik aku join event ni. Di kala dah banyak event mengenakan RM60 untuk event, organizer mengekalkan RM50 memang aku puji.
3. Lokasi. Kawasan yang luas, parking yang banyak memudahkan 1200 rider tanpa sesak.
4. Waterstation pada setiap check point dan pisang pada check point 2 bagi aku amat mencukupi.
5. Marshall yang mencukupi di kawasan-kawasan bahaya. Ruang untuk downhill amat banyak cuma kadang-kadang bila terlebih teruja tu boleh membahayakan. Nasib baik ada marshall mengingatkan di tempat-tempat merbahaya tu.
6. Tandas yang bersih satu plus point yang patut dipuji kerana jarang dapat event yang mempunyai kemudahan tandas berkdekatan. Ada tanda yang bersih disediakan di kawasan Bay 12 ini.
Con
1. Speaker yang agak berjauhan dengan kawasan starting menyukarkan orang mendengar apa yang diperkatakan MC. Aku rasakan faktornya adalah power supply untuk menarik speaker tu berdekatan dengan kwsn starting.
2. Kurang khemah di kswn event.Cuaca panas terik amat menyeksakan. Khemah kebanyakan digunakan untuk booth sponsor dan penjual so ramai rider yang terpaksa mencari sudut-sudut di bawah pokok untuk berteduh.
3. Trail boleh juga dikatakan jenis fast trail jadi agak kasihan bila rider-rider keluar kelaparan tetapi makanan belum sampai. Caterer menyampaikan makanan by batch dan bila satu batch tu habis masa menunggu batch seterusnya agak lama.
4. Banyak ruang chicken loop buat rider. Ketiadaan marshall di lokasi berpotensi tinggi untuk chicken loop agak menyakitkan hati juga. Kalau rider yang tak larat takpe, tapi ni lebih kepada rider yang guna chicken loop untuk dapatkan ranking tinggi.
No comments:
Post a Comment