Ini merupakan kali pertama aku join aktiviti Hash. Pernah juga terbaca pasal Hash ni, tapi tak pernah berkesempatan nak join. Bila tau pasal event Hash aje pastu event tu dah berlalu.Kalau nak tau apa benda Hash ni cuba la google sendiri. Aku pun tak pandai nak terangkan
Penganjur event tu seperti banner di atas. Yuran pendaftaran RM25. Pengayuh hanya dapat baju dan kad no telefon sahaja. Bagi aku tak bagi baju pun takper tapi mungkin ada orang nak baju sebagai kenang-kenangan. Kad no telefon tu berfungsi sebagai no panggilan bila kecemasan dan dwi fungsi sebagai kupon makan. Jumlah rider dihadkan sebanyak 250 orang sahaja. Kayuhan ni takde medal dan takde ranking. Non competetive. Part yang ini aku setuju, sebab kadang kala bila ada medal dan ranking walaupun konsepnya jamboree terus jadi jamborace.
Aku sampai dalam jam 7.15pagi. Ambil t-shirt dan mula prepare utk kayuhan. Jumpa beberapa orang yang biasa kayuh sama dan seterusnya beratur di starting line. Ada sedikit breifing. Masa breifing dinyatakan ada satu water station. Jika diikutkan sebelum ni tiada water station disediakan, atas usaha organizer diletakkan juga. Kredit kepada penganjur. Ada nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya pelepas dalam jam 8.05 pagi.
info lanjut di sini |
Pelepasan di escort polis dalam 1km sebelum permulaan offroad. Offroad bermula landai boleh mengayuh agak laju. Kemuncak adalah puncak Pylon. Pendakian bermula sebaik sahaja melepasi terowong lintas lebuhraya PLUS. Memang mencungap. Habis gear pakai. Dua kali berhenti nak ambil nafas. Apa pun syukur dapatkan paksa juga kaki untuk kayuh habis sampai puncak. Biar lambat asalkan sampai. Dari graf ketinggian dalam 200m puncaknya. Selepas pendakian ke puncak, perkara yang dinanti-nanti adalah downhill yang lazat. Menurut marshall yang menunggu di puncak jarak downhill adalah 3km. Aku tak sempat nak tgk meter basikal masa turun. 3km downhill ditambah dengan single trail amat mengujakan. Kemudian berhenti untuk bergambar di belakang pylon berlatar belakangkan bukit yang di daki tadi.
puncak tertinggi tu yang dikayuh sebelum dowhill. |
Pujian aku beri pada organizer sebab meyajikan air yang terbaik. Bandung soda, Air tembikai dan air mineral.
Boleh minum sampai muntah. Aku sendiri minum 4 cawan. Ada yang siap tapau dalam bekas air. Di sini aku rehat dalam 30 minit. Bila rehat lama, minum banyak badan pun jadi lemau. Haha. Tak boleh nak salahkan organizer dalam hal ni. Salahkan diri sendiri sbb ikut nafsu minum banyak.
Kayuhan bersambung di kawasan kampung onroad dalam 2-3 km sebelum memasuki kawasan offroad single trail + teknikal. Kat sini terasa kepenatan sedikit maklumlah melalui single trail teknikal memang memenatkan. Kene guna kudrat kaki. Kat sini juga ada bukit-bukit yang menyemputkan dada tapi boleh kayuh. Downhill juga cukup lazat terutama part sebelum jambatan bongkah batu tu.
Kemudian keluar ke jalan raya dan memasuki kawasan perumahan. Dalam 2km macam tu road di penghujunnya/ Dalam pukul 10.50 macam tu aku sampai ke finishing line. Ambil gambar sedikit, borak-borak dan seterusnya ambil makanan dan balik. Perlu pulang awal disebabkan ada kawan nak datang rumah.
Keseluruhannya double thumbs up aku berikan kepada penganjur terutama dari segi layanan yang diberikan, trail yang lazat di mana semua area boleh kayuh, makan selepas trail yang sedap, minuman yang lazat masa waterpoint dan yang paling penting bagi aku adalah penanda arah yang banyak termasuk shredded paper dan marshall di kawasan berbahaya terutama masa transition dari offroad ke jalan raya.
Pujian aku berikan sekali lagi kepada penganjur atas event Hash ni. Di kala kebanyakan group basikal, penganjur buat jamboree ada juga yang berminat buat event sebegini. Ia lebih bersifat santai tapi melibatkan offroad. Kadangkala bila melibatkan ranking, medal ni bila berkayuh kita kadang kala lupa diri termasuk juga aku. Mode kayuhan aku pun dah lain. Moga2 ramai lagi yang akan menganjurkan program sebegini rupa..Jumpa lagi tahun depan...jika organizer berminat untuk anjurkan...
sihat dan selamat |
No comments:
Post a Comment