30.11.14

Bangi Nite Ride 2014 : Cerita Kayuhan

Pada mulanya aku mendaftar untuk program ni untuk dapatkan reflector vest sahaja kerana pada awal pendaftaran hanya 100 peserta terawal akan dapat. Harga untuk reflector vest ni RM35 tetapi yuran pendaftaran hanya RM20. Bagi aku sangat berbaloi. Jadi terus register dan bayar. Kemudian ada 4 orang lagi yang turut mendaftar sama. Nordin, Zainudin, Zaidi dan Pat pun register juga.
Kemudian dimaklumkan reflector vest tu akan diberikan kepada semua peserta yang berdaftar disebabkan sambutan menggalakkan. Bagi aku reflector vest ni cukup sesuai dengan keadaan di mana aku sering kayuh di waktu malam. Ia membantu tingkatkan visibility terutama di kawasan merbahaya dan sesak.
Sejak petang pada hari kejadian tu hujan turun tanpa henti. Ada beberapa kawan yang mula ada 2nd thought untuk join. Aku ambil pendekatan untuk datang juga ke tempat event dan biar organizer yang decide. Aku bertolak dari rumah jam 8, konvoi dengan Nordin. Dalam 8.40 dah sampai. Tujuan utama nak datang awal sebab nak tengok booth Jersey Basikal Bundle. Nak cari jersi yang murah2 untuk pakai harian. Dapat la juga sambar satu jersi dengan harga RM30. Memang murah kerana range jersi yang dijual dalam RM30 ke RM60.

9.10 malam hujan dah berhenti dan organizer decide untuk teruskan kayuhan. Satu berita gembira bagi aku yang memang berhajat nak mengayuh. 9.30 tepat aku mulakan kayuhan. Agak kelam kabut pada permulaan kayuhan sebab basikal Zaidi ada sedikit problem. So aku, Nordin dan Zainuddin mula dulu. Pat awal2 dah cancel sebab ada keje.





Sepanjang kayuhan di lead oleh sebuah pickup dari organizer. Ada juga motor polis dan beberapa unit motor dari organzier yang bantu kawal trafik. Ada beberapa jalan kat sepanjang laluan yang amat gelap dan bantuan  mereka mengawal trafik ni amat bagus untuk rider. Organzer juga wajibkan semua untuk pakai reflector vest sebelum mengayuh.
Ada beberapa tempat yang berlopak air disebabkan hujan baru berhenti jadi sedikit basah sepanjang kayuhan.  Sepanjang kayuh ada beberapa stop point untuk regroup. Pada check point ketiga baru aku check handphone, rupanya Zaidi terpaksa tarik diri di saat akhir disebabkan masalah basikal dia masih jadi.


Ada beberapa bukit yang lazat bagi aku terutama di Jalan Haji Yusof dan kawasan  perindustrian Bangi. Aku agak tertinggal kat dedua tempat tu disebabkan kelemahan aku mendaki bukit.
Kayuhan tamat dalam jam 11.10 dan terus semua diberikan makan bihun goreng, pisang dan air Tropicana Twister. Terus mulakan lucky draw untuk elakkan event habis lewat. Dalam jam 11.50 semua bersurai dan seperti biasa tak bertuah nak dapat sebarang hadiah.


Satu event yang menarik, murah dan dikawal selia dengan baik terutama dari aspek keselamatan. Cuma untuk tahun depan aku cadangkan untuk jarak dijadikan min 30km di kawasan sekitar Bangi juga. Jarak tu bagi aku sangat acceptable dan tak terlalu jauh. Menurut organizer pada akhir event, program yang sama seterusnya dijangka pada Mac 2015. 



Nordin, Zainuddin dan Aku


No comments: