5.11.14

Port Dickson International Duathlon : Run Bike Run



Ia bermula dari ajakan kawan. Kemudian register. Selepas register  Full mula ada bibit penyesalan. Penyesalan pertama bila memikirkan mampu ke nak habiskan dengan hanya menggunakan MTB. Belum ditambah lagi dengan membayangkan cuaca panas di  PD. Bila organizer mula buka untuk kategori Sprint aku siap berkira-kira untuk drop kategori. Akhirnya pung pang pung pang, aku kekal dengan Full .
Bila dah register Full mula la berfikir nak tukar tayar sotong plak. Dengan alasan pakai tayar tu rolling lebih power on the road. Bila tayar belakang meletop 3 hari sebelum event terus cancel. Maka kekal dengan tayar MTB.
Racekit Collection

Kemudian tiba 1hb November, aku sampai jam 5.30 petang di PD. Ambil kunci homestay dan terus ke Glory Beach Resort untuk Goodies Collection. Aku duduk di Izz Irsyad Homestay yang terletak 1km  lokasi permulaan iaitu Padang Kawad sebelah Muzium Tentera. Duduk dekat dengan starting line supaya urusan pagi tu mudah. Tak perlu bawa kereta ke padang kawad. Basikal pun boleh setting siap-siap pada malam sebelum tu. Aku duduk homestay tu bersama Rizal, Anas dan Rashdan.

Race briefing

Aku amik Racekit di Glory Beach Resort dan stay sana sampai malam untuk Welcome Dinner + Race Briefing. Sempat lepak2 kat area racekit tengok ada sedikit booth jualan. Banyak yang murah tapi untuk elakkan bajet lari aku kawal nafsu. Welcome dinner mula jam 7.30 dan semua carbo load kaw2. Perempuan badan 2x lagi kecik dari aku tapi makan 3 kali ganda aku makan.  Dinner memang puas hati. Briefing bermula 8.30 malam. Walaupun aku dah tau race course,tujuan utama nak dengar briefing ini adalah untuk tau kat mana water station supaya memudahkan untuk refill dan buat adjustment untuk PDID Plan aku jika perlu.Habis dinner, balik rumah layan bola Piala Malaysia. Habis pulak lambat campur setup basikal sebelumnya sampai pukul 1pg baru tido.
Dari atas : sticker helmet, timing chip, sticker basikal,bib pada badan

Siap siaga untuk hari kejadian

Paginya bangun awal jam 5 dan buat customary aktiviti macam mandi, memerut 2x(paling penting) dan solat. 6 pagi terus bergegas kayuh dari rumah. sampai kat kawasan transition dan terus parking basikal dan prepare kat kawasan trasition. Bergambar kejap dan terus warm up. Aku belajar dari kesilapan lepas di mana aku abaikan warm up ni. Jadi warm up sampai berpeluh dan kemudian ke starting line. 
Siap parking

susunan dalam bakul

Dari kiri : Rashdan, Anas, Aku dan Rizal

Jam 7 pagi kategori Sprint dilepaskan . Selang 10 minit kategori Full. Nervous bukan main pada masa tu. Masa dilepaskan semua meluru ke depan. Aku tak nak terjebak dgn craze ms starting kekal dgn pace siput sedut. Pada masa ni walaupun pace siput tapi masih konsisten jadi tak ramai yang potomg.

Race starts!
Pada jarak 3km  lepas Hospital PD, aku dah tercari-cari water station. Water station kat atas bukit kat highway PD. Dah mula rasa penat, pace dah ke laut dan mula orang potong sedikit demi sedikit. Next water station lepas simpang empat Suabetong. Kat situ makan High5 Iso gel dan terus berlari ke transtition utk buat Bike course. Masa lepas water station ni aku tgk dah ramai kategori Sprint dah nak habis bike course dan ramai juga kategori Full yang dah mula bike course.

dalam kawasan transition .nak mulakan bike course
Timing masa transition tak bagus, hampir 3 minit. Digunakan untuk berehat dan minum separuh botol. Aku tweak PDID Plan aku dan bawa 2 botol air untuk kayuhan disebabkan water station untuk Bike Course hanya pada kawasan u-turn dan laluan adalah rolling hills. Keluar dari kawasan transition dan mount, climb up naik bukit menuju ke Suabetong. Aku hanya maintain pace pada masa ni sebab kaki masih penat dari berlari.

keluar dari transition utk mula Bike Course
Lepas simpang empat Suabetong aku mula tekan sket dan masuk gear besar. Dapat overtake beberapa basikal masa tu. Bila konfiden dah meningkat sebab dapat tapau 2-3 biji RB pada masa tu, mula push kayuh. Malang tak berbau. pada KM ke 5 dah krem kaki kanan. Kemudian krem kaki kiri. Kayuh sebelah kaki aje. Dan paling teruk adalah krem kedua-dua belah kaki dalam KM 6. Akibatnya hampir jatuh basikal sebab tak sempat buka klip. Aku terpaksa duduk atas rumput sekejap dan tenangkan perasaan. Rasa sedih dah datang sebab krem terlalu teruk. Aku dah terbayang DNF. Kemudian minum air sebotol yang ada High5 tablet dan High5 Isogel.  
Bila perasaan dah kembali tenang dan dapat kumpul semangat aku mula naik basikal kayuh balik. Kayuh hanya pada pace santai . Berbelas-belas kot RB potong aku pada masa tu. Aku rilek aje sebab takut krem balik. Sempat borak dengan sorang brader ni dan di offer bagi spray untuk elak krem lagi skali. Terima kasih. Tak sempat nak tanya nama dia.
Kayuhan mostly terus ke depan sahaja hingga bertemu simpang tiga Rantau/Linggi. Bergerak ke arah Linggi hingga ke u-turn di Sekolah Mohd Yusof. Kat sana hanya ada air sahaja. Aku menjangkakan ada medik sebab nak mintak spray kat betis. Refill dedua botol air dan patah balik. Masa patah balik dah jadi membosankan sebab kayuhan sorang sahaja. Most RB semua dah pecut laju di depan tapi ada juga jumpa beberapa basikal dan dapat overtake. 
Sepanjang kayuhan ke sekolah di Linggi tu ada jumpa dalam 3 RB yang ditolak disebabkan pancit. Tiub spare pun takde. Masa perjalanan balik pula jumpa sorang yang dah tido bawh bus stop dan sorang menolak basikal akibat mental koyak.
Kayuh semula sampai ke transition untuk mulakan run course pula. Sebelum tu aku makan High5 Iso gel lagi pada KM 40. Masa kat area transition ni aku tgk banyak gak basikal dah takde menandakan ramai dah habis dan mungkin balik. Aku baru nak buat last course. Disebabkan timing lari dan basikal aku masih dalam timing yang aku plan aku dapat rasakan yang aku boleh tamatkan dalam timing yang aku dah plan.
Masa downhill so masih boleh berlari

Mula utk last course 8km run.Transition time pun masih tak ok. Keluar dari transition terus 1km climb. Masa tu ramai rang yang cheer dan menaikkan semangat untuk berlari. Kemudian downhill dalam 200 meter sebelum bermula seksaan. Bukit untuk last course bagi aku amat menyeksakan. Sentiasa turun naik dicampur dengan cuaca panas dan penat menyebabkan aku berjalan hampir 80% dari last course ni. Aku hanya berlari masa turun bukit dan berjalan masa flat road dan naik bukit. Nasib baik ada orang yang juga sama lambat macam aku. Dapat la berborak untuk mengelakkan ingat akan kepenatan.
Alven yang aku kenal masa event. Siap rehat bawah pokok sbb kepenatan

Untuk last course Run ni ada 2 water station dan hanya ada 100 plus pada masa aku sampai. Nampak air dah macam nampak duit juta-juta.Rambang mata dan bila minum nikmat tak terkata. Aku turut terserempak dengan seseorang yang nak give up sedangkan ada lagi 2km nak habis. Memang mental route untuk Run ni. Akhirnya lepas berjalan hampir keseluruhan route, pada downhill terakhir aku cuba berlar-lari anak. Pace pun dah aku dah tak kira sejak mula lari. Memang jauh dari plan asal aku.  Dapat juga potong dalam 3 orang dalam last KM tu. Akhirnya pada catatan masa tak rasmi 5 jam 23 minit aku berjaya habis Duathlon ni.
Nampak finishing line, kegembiraan amat tak terkata. Syukur kepada Allah kerana mengizinkan aku finish dan merasai pengalaman ni. Walaupun pada masa aku sampai ni, lebih separuh dah balik tapi syukur dapat habis walaupun hampir dengan cut off time 5 jam 50 minit.

betul2 lepas sampai finishing line. TQ Rizal sbb tunggu aku

Ia satu pengalaman yang mengujakan dan tak kan aku lupakan.  Kata orang Pilah  "a humbling experience". Masa lepas habis rasa dah malas nak mengayuh dan malas nak berlari. Nak bersara terus. Selang 3 hari teringin plak nak cuba Penang International Triathlon Duathlon tahun depan.
Bagi orang gemuk macam aku ni, masuk event macam ni bukan untuk compete dengan orang lain tetapi sebenarnya compete dengan diri sendiri. Mencabar diri ke satu tahap paling maksimum.
Terima kasih Port Dickson International Duathlon. Jumpa lagi tahun depan.
MTB utk Duathlon? Selamba



gambar kredit kepada Rizal, Rafiq, Team Poyo, Jack Ah Beh dan dari koleksi sendiri.





1 comment:

Izz Irsyad Home2Stay said...

tq menginap di homestay kami
Izz Irsyad Home2Stay