12.12.14

Kayuhan Jujur

Dah lama tak bercerita pasal kayuhan dalam ni. Seperti biasa kayuhan rutin rabu ada lagi kayuhan. Tempat pemulaan biasa adalah kat rumah aku. Selalunya penuh depan rumah kereta orang yang join kayuh. Kali ni kesemuanya ambil keputusan untuk kayuh dari rumah dan berkumpul depan rumah aku.
Bermula kayuh pada jam 8.30 tapi sebelum tu aku lari setempat di sekiling rumah untuk warmup. Tujuannya nak buat BRICK. Disebabkan setengah jam sebelum tu aku baru sahaja makan nasi dengan kari ikan, tersedak2 aku berlari. Panas dada sebab kari tu. Dapat la sket mileage
Kemudian 8.30 datang lagi 5 orang malam tu. Tukar kasut dan 8.45 terus kayuhan. Laluan kali ni seperti biasa dari Batang Benar-Lenggeng dan patah balik
Seperti biasa sebelum kayuh bergambar dulu. Masa kayuh dah hilang minat nak bergambar sebab penat. 

Dari kiri Nordin, Sap, Pijan, aku, Mie dan Ruzaini.






No comments: