22.1.15

NS Nature MTB Jamboree Seri Menanti : Ceritera Kayuhan


Event ni sepatutnya dijalankan pada Disember tahun lepas tapi disebabkan pengumuman penganjuran terlalu singkat dengan tarikh event ditangguhkan kepada tahun ini. Disebabkan event ni kira dekat dengan rumah dan yuran pendaftaran yang amat murah berbanding dengan event lain yang dah diiklankan aku pun register. Keseluruhan yang register bawah nama STC pada event ni adalah 20 orang.

Event ni aku tak expect apa-apa pun disebabkan tak training, berat badan pun dan menggajah jadi aku mengharapkan habis aje. Jarak trail dalam 30km aje dan 50% adalah offroad. Boleh dijangkakan dengan keadaan macam ni ia akan menjadi satu setup fast trail. Seminggu sebelum tu aku masuk MPIB Run, betis pun sakit-sakit jadi nak push sangat kat fast trail pun tak berguna. Boleh menyusahkan diri dan berpotensi DNF sahaja.


Semangat betul aku pada pagi tu. 4 pagi bangun. 5 pagi bertolak ke tapak event. Sebelum subuh dah sampai dan siap2 cari parking. Pkl 7 dan mula beratur kat dalam kandang. Konon masuk depan bleh laju la tapi sebenarnya duduk depan supaya mudah orang amik gambar. Hasilnya gambar sebelum mula kayuh memang melambak. Haha.
Tepat jam 8.30 semua dilepaskan. Sebelum dilepaskan ada race briefing sikit dan bacaan doa. Bila dilepaskan semua bantai dok laju. Tapi bila dah ramai sangat ni awal-awal tak leh nak laju sangat pun. Aku siap terlanggar tayar belakang orang lagi nasib baik tak jadi apa2. Jarak kayuhan road adalah dalam 12km pada permulaan. Aku awal2 tupun try pecut gak bila betis ada rasa-rasa nak sakit terus tak jadi. Malas nak tekan nanti tak habis lagi rugi. 
Road banyaknya melalui kawasan kampung dan berselisih dengan rumah-rumah orang. Part paling bahaya kat kawasan kampung ni  bagi aku adalah nak mengelakkan tahi lembu. Bom merata-rata dah la besar lak tu. Masalah kalau terpalit kat tayar ni bukannya pasal takleh cuci tapi masalah kalau tahi lembu yang kat tayar tu naik kat muka. Kene plak time tu tgh buka mulut amik napas lagi bahaya. Mati tersedak kang.


Lepas 12km baru bermula offroad. Offroad bagi aku rideable dari mula hingga akhir. Bergantung kepada pengayuh aje. Pengayuh lembik dan gemuk macam aku  menolak aje naik bukit.  Kebanyakan yang lain dengan mudah mengayuh sampai atas.
Pada km ke 20 ada lagi satu bukit yang agak tinggi. Keadaan yang panas pun tak membantu nak mengayuh. Jadi aku pilih untuk tolak untuk elakkan sakit betis. tapi ramai yang tak tau sebenarnya menolak lagi menyakitkan dari mengayuh. Kenapa mereka tak tau? Sebab mereka power, jarang menolak naik bukit. Orang yang macam aku memang terasa azabnya seksa betis menolak. Tapi apakan daya kudrat takde.


Dalam km ke 18-20 macam tu gearing belakang aku dah mula buat problem asyik lompat-lompat dari no 1-3. Kayuh pun tak smooth rasa macam menekan sangat.Pada KM ke 20 tu lepas menolak bukit tinggi aku decide untuk kayuh walaupun lepas tu masih mendaki  bukit. Sebabnya  bukit tu xla teruk sangat.
Di sini bermula masalah aku. Bila climbing tu aku cuba tekan sket nak dapatkan momentum ke depan. Seterusnya malang menimpa aku, rantai putus. jarak 20km++. Ada lagi 10km menanti di hadapan.
Nasib baik aku bawa tools dan chainlink. Nasib tak baik pula bila aku tak reti guna tools yg aku bawa tu. Bengong betul, ada tools tapi tak reti guna. Memang stupid mistake di situ.
Nasib baik ada jejaka tampan lagi kacak serta gagah perkasa bantu aku. Terima kasih Fahmi. Kalau takde dia memang menolak sampai habis. Terpaksa dia korbankan ranking dia utk aku. 10 minit dihabiskan untuk buang part yang putus dan pasang yang baru. Lepas tu aku sambung kayuh, Fahmi dengan tenang kayuh lebih laju meninggalkan aku.


Selepas tu ada beberapa bukit dan seterusnya donwhill yang agak merbahaya. Ada gak pengayuh yang tergolek di depan. Over excited mungkin. Selepas downhill terus keluar semula ke tarmac. Kat situ marshall yang jaga laluan dan jerit " 2km lagi bang downhill". terus pecut macam orang gila.
Dalam 1km pecut terus semput. Potong ramai orang tapi pastu kene potong balik.Haha Tapi syukur gak la dapat perbaiki ranking overall dengan sprint kilometer terakhir tu.


Bila habis macam biasa dapatkan ranking dan medal dan terus cuci basikal. Seterusnya aktiviti makan dan tunggu lucky draw. Nak tunggu lucky draw pun sikit punya lama. Dalam 12 lebih baru mula. Aku sampai finishing dalam pukul 10. Seksa sebab tu nak drive balik lagi. Macam biasa dan dijangka lucky draw pun tak kene.

Untuk geng STC yang join kali ni terutama yg 1st time masuk jamboree tahniah diucapkan .Lebih hebat kepada mereka yang mendapat ranking terbaik untuk edisi ni. Untuk aku jamboree berikutnya aku tunggu yang murah-murah dan dekat dengan rumah aje. Kalau xde kayuh sendiri aje la dalam trail. Bak kata acik kenya, kayuh basikal ni bukan macam main bola, sorang aje pun boleh kayuh.
Sekian





No comments: