7.2.15

#FitMalaysia Ride Seremban

Event ni minggu lepas. Bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban. Crowd amat ramai. Disebabkan aku dah jangka situasi ni akan jadi, aku decide untuk suh isteri aku hantar aku ke sana dan balik lepas event kayuh sendiri ke S2 Heights.
Event ni free aje tapi ada diberikan medal dan certificate kepada finisher. Ada sedikit kekeliruan masa pendaftaran di mana kene daftar 2 kali satu di laman web dan satu lagi ke emel. Pendaftaran ke emel sahaja yang melayakkan dapat medal. Jadi kelam kabut disaat akhir untuk register balik. Nasib baik sempat daftar semula ke emel tu.

Tempat pelepasan pun bagi aku satu masalah gak. Event ni dibuat bersekali dengan International Ghombau Century Ride (IGCR). Tempat pelepasan pun sama jadi confusing kepada peserta. Ada peserta Fit Malaysia yang tersesat ke route IGCR dan lagi kesian peserta IGCR tersesat ke route Fit Malaysia. Kesian la bayar RM100 dapat kayuh 30km aje sedangkan event Fit Malaysia ni free.
Pelepasan jam 7.30 pagi. Tming ok dan route pun bagi aku ok. Cuma rolling hills sket dari Mambau masuk ke Sendayan. Apa-apa pun memang layan dan sesuai dengan nama Fit tu. Ada satu water station kat Sendayan. Dapat la teguk air revive. Nak minum sampai kembung pun boleh. 
Finishing bagi aku ok walaupun ramai orang tapi tak sesak cuma xleh nak speed la kat finishing sbb ramai orang main lintas. Kang free accident. Kalau nasib xbaik kene pukul dgn onlookers.
Aku tak tunggu lama lepas event disebabkan nak kayuh balik takut kulit terbakor sbb panas jadi lepas makan bihun terus balik.




Puas hati la event ni walau ada kekalutan masa registration  kena pulak free dan bila habis dapat medal. Cuma yang aku tak puas hati sebab benda free ramai plak nak swap dalam fb. Mungkin ada yang dapat lebih kot dan mungkin tak hargai sebab benda free. Biasalah dah paham sangat perangai sebegini.
Apa yang aku harapkan event mcm ni bukan bersifat sekali aje tapi perlu diteruskan setiap tahun. Biar bajet kecik, xde medal free tapi kene buat selalu sebab kita kena didik rakyat Malaysia untuk amalkan gaya hidup sihat. 









p.s. : gambar ni bukan diambil sendiri tetapi diambil dari facebook kawan-kawan yang hadir sama dalam event ni.

No comments: