8.4.15

Bukit Cempedak : Offroad Pertama Rigid


Disebabkan Kayuhan Rutin Rabu yang aku plan tak dapat nak berjalan disebabkan hujan jadi kaki pun dah menggigil nak bersukan. Badan terketar-ketar. Jadi perlu cari jalan untuk redakan kerunsingan disebabkan tak dapat berkayuh.
Disebabkan gian betul nak berkayuh jadi petang semalam balik awal dan terus naik basikal bila sampai rumah. Masa pun singkat jadi plan hanya untuk mengayuh dekat-dekat aje. Lokasi di pilih adalah short loop ke Bukit Cempedak, Sg Mahang. Ini juga 1st time aku offroad sejak sebulan lebih dan 1st time offroad dengan fork rigid.
Bukit Cempedak ni satu kawasan offroad kat Sg. Mahang Batang Benar. Trail xpanjang pun cuma naik naik tu azab sket sebab permulaan offroad hingga ke puncak hanya mendaki sahaja. Puncak di Bukit Cempedak ada view ke arah KLIA, Dengkil,Putrajaya dan Bangi. Rupanya ada lagi laluan ke puncak tak berapa jauh tapi masih climbing yang mencanak. Maybe next week kot nak mencuba naik ke sana.View pun agak menarik katanya kerana dapat nampak kawasan Mantin dan sekitar 
Feel bila offroad dgn fork rigid ni memang mantap.Climbing memang superb. Ini kerana design yang lebih rendah dari fork biasa. Most part yang aku tak leh climb sebelum ni kat Bukit Cempedak, aku boleh lepas. Ada juga 2 tempat aku tolak sebab tayar dah termasuk ke laluan air. Nasib baik sempat unclip sebelum terjatuh.
Masalah bila pakai rigid ni bagi aku kat downhill. Perkara pertama perlu ada adalah fokus. Untuk fokus bg aku kene mantapkan stamina. Sebab kalau tercungap2 masa turun bleh merendahkan tahap fokus. 'Bounce' masa downhill juga agak kuat jadi kene mantapkan tangan. Kene grip dengan steady supaya tak terlepas. Fokus perlu untuk elakkan kau dari langgar aje apa yang ada masa dowhill. Masa turun kat Bukit Cempedak ni aku dah turun lagi slow dari kelajuan aku naik. Takut  terbalik ms tu sebab laluan banyak batu-batu dan laluan air. Jadi kene cepat pilih laluan supaya tak tersilap.
Aku perlukan beberapa sesi lagi dengan rigid ni sebelum aku putuskan samada nak kekal setup sebegini untuk offroad atau kembali kepada fork biasa yang aku guna sebelum ni.




No comments: