22.6.15

535m Bukit Tonggek Bike Hash

Event ni sebenarnya dalam 2 minggu lepas. Ahad terakhir sebelum bermula Ramadhan. Bila tau aja diorg nak buat event ni aku dah block date awal-awal. Sebabnya satu aja. Kat mana event yang kau bleh jumpa orang buat dengan bayaran RM10 aje dan disajikan 30km offroad? Belum lagi ditambah  penarik utama iaitu Bukit Tonggek yang berketinggian 535 meter dari aras laut. Kena pulak tempat permulaan kat Mantin tu adalah 10km dari rumah aku.
Event dianjurkan iCycle secara tertutup. Target asal mereka adalah penyertaan tidak melebihi 150 orang. Jemputan diorang buat melalui Facebook event. Aku pun ajak la beberapa STC yang lain untuk join sama. Untuk pagi tu dalam 9 orang STC datang join event ni. Keseluruhannya aku jangka penyertaan hari tu dalam 100 orang.

Baru sampai dengan Wan dalam kebasahan
Sepanjang minggu tu cuaca amat cerah. Cukup sesuai nak offroad bagi aku. Malangnya awal pagi sebelum event area Mantin hujan. Aku pulak kayuh dari rumah ke tapak event. Keluar rumah aje hujan dah turun, alang2 dah basah tu redah aje sampai ke tempat event.



Sampai sana daftar, bayar RM10 dan selepas tu disajikan sarapan pagi yang lazat iaitu Nasi Lemak, Bihun Goreng dan Teh O. Nasib baik aku nak kayuh waktu tu. Kalau tak mau aku balun  dalam 2-3 pinggan. Kena plak masa tu tengah basah satu badan sebab hujan setiap suapan jadi 2-3 ganda lagi sedap berbanding biasa.

Ni yang dapat lepas daftar

Hujan melarat sampai jam 8.20pagi. Kalau diikutkan pelepasan jam 8 pagi. Jadi selepas tanya survey pada rider yang datang, diorang decide nak balun aje walaupun hujan. So ada breifing sket, bacaan doa dan dilepaskan. Dari pelepasan tu tak salah aku dalam 6-7 km juga kayuh road kat jalan lama Mantin ke Seremban ke pintu masuk offroad. Masuk offroad di sebelah Lapang Sasar yang kat jalan lama tu. 

Permulaan Offroad
Mula masuk offroad  dah start naik bukit dan dah kene menolak dalam dekat 500 meter sebab terlalu curam dan licin disebabkan hujan. Kena plak tayar belakang botak sket jadi menolak la jawabnya.
Bila dah boleh kayuh, aku pun kayuh la plan-plan ikut kudrat sendiri. Yang lain tak yah tanya la masa tu semua aku rasa dah sampai finishing. Laju kemain masa kayuh. Ada banyak gak tempat yang aku terpaksa berhenti untuk amik napas tapi tak lama sebab dugaan pacat menyerang amat banyak. Terpaksa rehat sebab all the way climbing.Kayuh pun tak berapa grip sebab tayar belakang botak, banyak kali slip. Bila banyak kali slip sebabkan lebih tenaga digunakan untuk pedalling. Rugi tenaga kat situ je. Jadi pengajarannya bunga tayar bukan membantu time turun bukit sahaja tapi amat membantu waktu naik bukit.  Ditambah lak dengan keadaan hujan yang basah dan lembap menyebabkan lagi sukar.
Sepanjang kayuh ni aku dengan abg Pijan Jr, Ridzuan. Dia pun lebih kurang terseksa macam aku gak. Dalam beberapa meter nak sampai puncak aku rehat lama sket suh dia jalan dulu, Rupanya dah nak sampai. Kalau tau aku tak rehat sambil tunjuk macho kayuh non stop.

Sampai dah
Rehat kat checkpoint 535 meter tu tak lama disebabkan pacat mengganas, siap menari-nari atas tayar dan handlebar lagi. Jadi cara terbaik adalah turun. Nak turun pun jadi satu masalah. Pada awalnya seronok aje downhill  tapi bila dah sampai kawasan bahaya di mana terlalu curam jadi cuak pun ada. Jalan plak dah habis lecak disebabkan hujan tadi. So aku pun turun dan tolak basikal masa turun. Sambil menolak pun takde grip. Syukur la takde kejadian tak diingini. Maklumlah pakai rigid fork. masa downhill kat tempat curam ada marshall yang jaga untuk beri peringatan dan ada juga signboard. Lepas aje downhill dalam kawasan hutan tu, disambung pula downhill kat dusun durian. Masa ni layan sket sebabkan atas simen cuma agak licin sebab masih basah dan simen berlumut. Kat downhil simen ni bertambah layan bila ada 2-3 switchback yang agak tajam dan hampir terbabas sebab layan feel sangat. Nasib baik tak jadi apa-apa. Haha.

Masa kat CP1
Lepas downhill jumpa checkpoint pertama. Ada air mineral dan pisang. Air dan pisang yang ada punya la banyak kau bleh makan sampai muntah. Masa ni aku diberitahu belakang aku ada dalam 10-12 orang aje lagi. So aku tak rehat lama dan terus kayuh. Plan utama nak cepat habis sebab perut dah kriuk kriuk. Masa ni distance dalam 14km so ada lagi 16km nak habiskan tapi lapar dia macam dah kayuh 100km. Aku terus kayuh yang membawa ke laluan kawasan kampung dan dusun orang. Kata organizer ni kawasan Mantin Ulu. Kemudian tengah kayuh dengar bunyi kereta, dalam hati terdetik dah nak sampai ni rupanya bunyi kereta kat highway LEKAS. Masih jauh rupanya. Kene lintas terowong bawah highway tu dalam 2 kali  dan lalu ladang sawit baru la sampai ke kawasan perumahan kat pekan Mantin.

Beskal habis lunyai
Masa aku sampai dalam pukul 12 tghari, STC yang lain dah siap habis tukar baju dah. Basikal pun dah siap cuci. Aku baru sampai. Kah kah kah. Nasib baik xde medal atau ranking kalau tak mau no last skali. Sampai je terus letak basikal, cuci tangan dan muka dan cari meja untuk makan. Lapar gila. Masa tu rasanya bleh makan sekor kuda. Nasi ayam menjadi hidangan tengahari. Hajat nak tambah lagi sebungkus tapi segan plak rasanya.

Ni masa dah kenyang terus jadi bertenaga
Aku tak tunggu lama masa tu sebab ada urusan lain dan kene hadap lagi kayuh balik dalam 10km. Nasib baik tak panas sangat. Aku berpuas hati betul dengan hash ni. Walaupun kecil-kecilan tapi cukup bernilai. Bayaran tak mahal tapi apa yang diberikan penganjur dari segi makan tu pun dah lebih dari apa yang kau bayar. Bagi trail pula satu kepuasan walaupun awalnya sedikit seksaan masa mendaki. Waktu downhill dalam hutan tu je kurang best sebab licin sangat. Mungkin kalau cuaca kering konfem lagi layan. Dengar cerita lepas raya diorang nak repeat lagi buat hash, aku konfem akan join. Terima kasih iCycle kerana memberikan penutup offroad yang lazat sebelum bermula Ramadhan.

iCycle Family. The people that made this happens





2 comments:

Unknown said...

Mmmmm.. macam dekat je.. macam menarik je bike hash ni.. hehe.. - the phantom crank, cyberjaya

No Surprises said...

mmg best. layan downhill dia