10.6.15

Skechers GoRun 3 : 1st Try 1st Run

Disebabkan GoRun2 aku dah mencapai penghujung usia dan kusyen kat dalam pun dah mula tak rasa hingga terkesan kat lutut kiri masa larian aku membuat keputusan membeli kasut baru. 
Aku pulak dan terpengaruh dengan kepuasan memakai GoRun 2 jadi aku terus berniat nak dapatkan GoRun 3 plak. Walaupun sebenarnya sekarang dah edisi GoRun 4 tapi aku beli GoRun 3 sebab murah RM100 dari harga asal dan ada diskaun extra 5% disebabkan ada Member's Card. Cheapskate betul haha.


Semalam dah pun angkat satu. Jadi bila dah beli kene la bersemangat nak test run. Malam tadi bleh hujan plak masa aku baru keluar rumah nak test run. Jadi terpaksa ubah plan try lari kat gym. Dalam 5 minit pertama lari atas treadmill aku rasa kasut agak berat jadi aku cabut alas dalam kasut tu. Aku pun lupa apa nama dia sebenarnya insole kot. Lepas tu rasa lari agak sedap sket. Ringan dan function seperti biasa mcm kasut edisi lama. 

Lepas 25 minit aku rasa agak panas plak dalam kasut ni. Aku tak pasti samada ia disebabkan aku lari dalam gym yang xde pengudaraan sangat atau pun aku tak biasa lagi dengan kasut tu. Aku pun hanya bertahan dalam 30 minit aje atas treadmill sebab pastu rasa nak muntah. Overall cushioning memang sedap la tapi disebabkan aku belum try atas jalan lagi jadi tak leh nak cakap sangat.

Seterusnya aku cuba lagi skali dalam 5 minit aje dengan pasang insole. Bagi aku sedap lagi cushioning dengan insole sebab lagi tebal dan less pressure kat lutut kiri aku. Bila less pressure aku bleh tekan lebih sket, bleh cuba naikkan speed. 
Overall dari sesi kat atas treadmill aku rasa sedap la dengan kasut ni walaupun aku tak dapat saiz sebenar aku. Aku terpaksa amik stgh saiz lebih, maklumlah beli design lama jadi kurang la saiz yang masih ada. 
Walaubagaimanapun ujian sebenar adalah mencuba untuk berlari di atas jalan raya kerana compound yang lebih keras berbanding treadmill jadi boleh nampak respon kasut tu atas keadaan jalan raya.







No comments: