27.7.15

EcoHill Rescue Run 2015 : Larian Taman Perumahan

Event ni aku tak berhajat nak join sebenarnya. Sebab utama masa ni masih mood raya. Jadi konfem tak bersedia perut memboyot nak lari disebabkan  melantak makanan sepanjang raya. Walaubagaimanpun aku gagahkan juga nak join disebabkan konon-konon nak warmup sebelum PD Duathlon seminggu lepas event ni.
Jadi aku gagahkan juga masuk. Bedal aje la tengok macam mana dia punya pegi. Mampu ke tak nak lari pace bawah 7 minit sebelum PD Du. Masa Penang Du bulan 2 hari tu dan berjaya bbuat pesediaan dan dapatkan pace 6.45 min utk 10km. 


Pagi event aku carpool dengan Ruzaini. Selepas subuh dah gerak, 6.20 pagi dah sampai. Masuk je kawasan event diorg arahkan masuk tempat parking. Lepas parking punya la jauh kat hujung-hujung kena menapak ke starting line. Diorg ada sediakan bas tapi que naik bas punya la panjang kalah ulat gonggok baik aku jalan kaki. "Takkan datang event lari tapi malas jalan kaki kot" kata aku dalam hati. Eh ke aku kata kat Ruzaini. 
Jalan kaki mak aih punya jauh. Balik tu saja on sports-tracker nak tgk distance rupanya 1.5km dari tempat parking ke starting line. 
Sampai starting line perkara paling penting cari toilet dl. Kosongkan bladder. Mungkin badan jadi ringan sket. Kemudian diarahkan pula nak amik beg 1st Aid Kit. Untuk kategori 10km ada misi kononnya. Misi kene kutip barangan 1st Aid yang disediakan. Aku saspek kene kutip berebut siap tendang, cekik peserta lain untuk dapatkan rupanya diserahkan oleh volunteer sepanjang route tu. Ada 3 tempat aje pun untuk collect benda tu.

Sebelum ke starting line ada la jalan-jalan sket kat area event tu. sempat la makan biskut kejap. Merasa jugak duduk dalam Lamborghini Gallardo. Katanya harga 1 Juta. Road tax aje 40k setahun. Gaji tahunan aku lagi sikit dari 40k setahun. Kah kah kah. Jadi la merasa duduk. Nak beli, jenis saiz kete mainan tu mampu la.



Dalam 7.25 pagi macam tu aku dgn Ruzaini gerak ke starting line. Masa tu jumpa Rizal dan Hasni baru datang. Pelepasan sepatutnya 7.30 pagi. Bagi aku pelepasan pkl 7 paling sesuai sebab matahari tak naik lagi tapi ni event orang jadi layankan aje la. 7.35 pagi mcm tu baru dilepaskan. Macam biasa aku tak nak pecut. Kang semput awal naik ambulans malu aje.

Untuk 3km pertama aku rasa ok. Pace pun sedap aje. Route turun naik bukit pun layan aje. Lepas 1st waters station naik bukit pun tak rasa apa-apa. Cuma lepas 3km masalah sama datang. Ni macam penyakit keturunan la. Tiap kali lari mesti jadi, krem kat perut. Asid laktik terlalu banyak aku rasa. So mula la run walk run walk sampai habis. 
Pada masa ni Rizal dah merempit kat depan, pace ala-la kenya. Hasni pun dah memecut potong tang kona. Tinggal aku dengan Ruzaini aje la. Tu pun dia berkali-kali ciciorkan aku. Nasib baik pada masa tu aku bertindak bijak pasang tali invisible kat badan Ruzaini jadi aku tak la jauh sangat tertinggal.
Laluan untuk run ni mostly pusing taman perumahan Ecohill aje. Banyak yang dah siap tapi masih belum diduduki. Price range jangan tanya aku sbb diluar kemampuan. Tapi laluan dia dari awal sampai habis asyik turun naik bukit je.Pastu  u-turn. Ecohill ni aku jangkakan bleh jadi tumpuan runner yang nak buat LSD tak lama lagi. sebab kawasan yang luasa dan bukit pun turun naik. Aku hari tu pernah gak masuk kawasan ni tapi kayuh basikal. Kayuh pun semput hari tu apetah lagi lari.
Dalam km ke 5 tu mula sesak sket sebab dah mula bercampur dengan kategori 5km. Walaupun agak sesak tapi masih terkawal cuma nak lari kene mula main zig zag. Nasib baik takde semak. Kawan aku nazri suka zig zag kat semak. Eh melalut plak.
Water station pun masih terkawal bagi aku walaupun ramai orang. Pada 2nd dan 3rd(last) water station ada 100 Plus. Masa tu teguk la puas-puas. Syok sangat teguk 100 Plus, akhirnya makin teruk krem perut aku. 
Finishing bagi aku paling seksa sebab nak ke finishing line kau perlu turun bukit, naik bukit,buat uturn, turun bukit lagi dan diakhiri dengan naik bukit. Kejam habaq hang. Perut sakit gila betis macam nak krem tapi muka tetap tenang, mana tau ada photographer nak amik gambar kat finishing line kena buat muka kental.

Telahan aku tepat sebenarnya, Hasni tunggu untuk amik gambar aku kat finishing line. Bijak taktik aku dengan sengaja bagi dia potong, supaya ada orang amik gambar aku. Nak harapkan Rizal xyah la, harap laju macam kenya tapi lepas race terus cari geng-geng kenya dia lepak2 bukan nak tolong amik gambar. Jadi beruntung la aku dengan Ruzaini ada gambar finishing line.


Lepas habis beratur nak amik goodies bag dan beratur kat booth Dutch Lady. Van milo takde jadi air coklat dutch lagi pun layan. Amik 100 plus secawan sebelum ke finishing line untuk bergambar. Pastu balik la. Duk lama-lama kat sana makin sesak. Kata MC di awal race 5000 runner yang register event ni. Macam semut dah aku tgk kat tapak event masa tu.

Tahun depan aku harap ada lagi cuma tak yah la buat format amik barang simpan dalam 1st Aid Kit ni, hilang fokus aku nak dapatkan podium. Pastu kalau boleh letak la timing chip. Baru ada official time sket. Ataupun kalau nak buat lagi tahun depan jangan naikkan harga, event lari sekarang harga naik macam register pakai pound sterling. 
Banyak plak sembang, baik rehat. Bye.






1 comment:

Zunaed said...

Hello.. I was Eagerly Waited for this Event.. It's a very nice and well categorized events that i had ever seen.