19.7.15

Paksaan

Dalam hidup ini kita sering disuruh dan dipaksa buat sesuatu yang kita tidak mahu. Dari isteri, keluarga, bos di tempat kerja. Kita tetap buat walau dipaksa. Walaupun hati kadang kala tak rela.
Aku terima aturan itu kerana itulah kehidupan. Cuma satu perkara yang aku paling tak suka dipaksa dan tak akan buat selagi aku sendiri tak mahukannya. Aku tak suka dipaksa untuk makan. Ia adalah hak aku seorang dan tiada siapa yang boleh tarik hak aku untuk makan sahaja apa yang aku mahu atau tidak makan bila aku tak perlu.

No comments: