13.7.15

SCKLM 2015 Postponed


Aku tak register event ni tapi rasa nak komen juga dengan perubahan tarikh ni. Nampak macam perkara kecil tapi aku yakin pihak yang memberi arahan tak nampak kesan dari anjakan tarikh event ni. Kenapa mereka tak buat sendiri event untuk Hari Sukan Negara tu? Kenapa perlu kacau event orang lain dan selepas ini claim bahawa orang menyokong event Hari Sukan Negara dengan penganjuran SCKLM. Dah banyak kali aku nampak arahan sesuka hati membabi buta dibuat kerajaan bagi kepentingan sendiri.
Aku bagi contoh mudah, event ni bertaraf antarabangsa jadi ramai juga yang dari luar negara akan datang. Arrangement bagi event tu pasti dah dibuat macam  ticket flight, sewa hotel, itenary event, cuti dari kerja dan lain-lain. Disebabkan arahan sebegini habis rugi. Mungkin organizer akan bagi refund kepada orang yang tak dapat join pada tarikh baru tapi refund untuk ticket flight atau sewa hotel yang dah bayar, KBS nak tanggung ke?
Peserta dari dalam negara yang bukan duduk di KL pun aku yakin ada masalah yang lebih kurang sama bila postponed tarikh ni. Kerugian KBS nak tanggung gak ke?
Berhenti dari mengacau orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

No comments: