21.12.15

Refleksi Sukan Tahun 2015

Kalendar sukan tahun 2015 aku ditutup dengan rasminya pada 20 Disember 2015. Pada 2015 sebanyak 4 event aku masuk:
1. KBS Jamboree Ride
2. Allianz Pacer Run
3. Mizuno Wave Run
4. Newton Challenge 



Event pertama hanya funride basikal di Putrajaya. Event kedua hingga keempat event lari dari distance 10km hingga 15km. Aku cuba lihat balik kemampuan aku pada tahun 2015 ni terutama pada bulan terakhir, aku dapat rasakan performance dah drop dengan kuatnya. 
Untuk basikal bagi aku kemampuan masih di takuk lama, bila di offroad pula jauh semakin teruk. Endurance semakin kurang, kekuatan kaki pun dah tak macam dulu.
Bagi berlari pula aku rasa performance makin teruk. Timing biasa bagi distance 10km atau 12km yang aku biasa buat terlalu sukar nak dapat. Leg strength terutama kat betis dah takde. Senang betul rasa penat dan mencungap.
Mentally, aku rasa dah tak kuat macam dulu. Mind set untuk finish strong yang dizikirkan di setiap larian dan kayuhan dah takda. Final push ke finishing line pun dah tak larat nak buat.
Di kala kawan-kawan lain semakin meningkat maju ke depan, aku rasa keadaan aku masih di tempat lama dan ada kalanya semakin teruk dari dahulu.
Untuk kesuluruhan 2015 sebenarnya tak banyak event jamboree dan lari yang aku masuk. Sebab utama adalah kononnya nak fokus kepada 2 duathlon dan kurangkan larian disebabkan masalah lutut kiri.
Dua event duathlon tu mencapai target yang aku set, di mana aku cuba work hard untuk train dan work hard ms event. Timing seperti yang aku jangkakan walaupun bila dibanding dengan yang lain-lain aku jauh ketinggalan. But heck, for backbencher like me, the race is about fighthing with yourself.
Untuk lari aku kurangkan, event yang aku register kebanyakkannya 10km sahaja dan tiada langsung HM. Sebab utama adalah kerana lepas duathlon lutut kiri ambil masa dalam 1 bulan nak recover. Jadi aku tak nak ambil risiko.
Makes me wonder dengan semua petanda ini, it this the right time to stop? or should I give 2016 a last try before stopping altogether in 2017.
Aku ada 3 event yang dah daftar untuk Jan dan Feb 2015. Masih ada masa untuk tarik diri jika rasanya itu yang terbaik.

No comments: