4.1.16

Retrospektif 2015

Bila hujung tahun masa untuk refleksi semula aktiviti sukan bagi tahun 2015. Bukan apa saja untuk lihat samada berbaloi atau tidak masa yang dilaburkan untuk bersukan. Selain masa, faktor kewangan juga jadi perkara penting untuk dinilai. Setiap sen yang dilaburkan perlu ada pulangannya. Kisah 2014 boleh baca kat sini.


Ini merupakan keseluruhan aktiviti pada tahun 2015. Tengok calories burn. Memang power. Hampir 2 kali ganda dari tahun 2014. Persoalan tahun 2014 terus di bawa ke hujung tahun 2015. Apesal aku tak kurus-kurus? Misteri nusantara betul.


Untuk berlari not bad la. Lebih sket je dari tahun sebelum. Jumlah aktiviti dan mileage dah bertambah tapi yang agak merunsingkan aku adalah pace yang semakin perlahan dari dulu. Aku ada rasa sakit sket kat lutut kiri especially lepas PD Duathlon.  Dia punya sakit macam nak duduk atas kerusi roda bang. Seksa nak jalan.Selain tu aku gak decide untuk lari maksimum 10-12 km je dalam usaha nak jaga lutut kiri.


Cycling plak ada penurunan yang ketara. Cycling ni meliputi onroad dan offroad. Tahun 2015 ni jadi jauh berbeza dengan target yang aku set pada awal tahun. Kononnya nak lebihkan offroad, tapi keseluruhannya cycling pun berkurang. Most probably aku lebih banyak kayuh short distance dan lebihkan kumpul orang-orang baru untuk penambahan ahli group. This is my succession planning sebenarnya just in case kalau body aku someday dah tak fit nak bersukan. Aku berhajat sangat jika group ni dapat berkekalan sampai bila-bila.

Total offroad hanya 683km dari keseluruhan 3028km. Dah semakin berkurang sejak 2014. Target 2015 pun nak lebihkan offroad tapi tak kesampaian. Most probably disebabkan target berubah pada bulan 3 masuk duathlon di Penang dan seterusnya prepare untuk duathlon kat PD. Lepas PD pula berhajat nak banyakkan offroad terutama bila register PCC. Biannual event yang menjadi pujaan ramai. 
Malang tak berbau, injured 3 hari sebelum event di mana jatuh basikal yang membawa kepada kecederaan belakang. Rehat sebulan dan terus slow down hingga hujung tahun sebab dah register terlalu banyak event larian.
Aku berharap sangat pada 2016 ni target yang di set pada 2015 iaitu lebihkan offroad dapat dicapai kerana bila cycling offroad ni memang kena dengan jiwa aku. Apa-apa pun kita lihat pada hujung tahun ni samada berjaya atau terus gagal target ni. Kene plak Powerman nanti bulan 3 kat Putrajaya. 
Kalau terget tak tercapai, secondary target adalah memastikan my left  knee still intact and healthy. Risau habaq hang, sampai beli insurans tu dia punya risau. Kah kah kah.
Banyak merapu dah ni, bukan ada orang baca pun. Penat taip ja. Cukuplah tu.

No comments: