23.2.16

Natura Run For Hope 2016

Event ni aku antara yang awal daftar sebab murah. Pastu plak konon-kononnya nak test 15km larat ke tak tahun ni. Siap racun kawan-kawan lagi register sama.So ada la sorang lari 15km skali dan yang lain lari 10km. Event ni walaupun namanya run for hope rupanya menjadi run for disaster dalam seminggu sebelum event. 
Banyak masalah yang jadi seperti baju 15km tak sampai, race pack collection kat melalut sampai kene beratur 3 kali, race map lambat keluar dan bila keluar tak lengkap sebab takde lokasi water station dan sebagainya. Tengah malam sebelum event plak bleh penganjur kata tukar laluan sebab alasan macam-macam. 15km akan jadi 16.6km dan 10km akan jadi 12.6km. Nak tak nak kene layankan aje sebab dah bayar. Ramai gak yang komplen, maki kat facebook sampai ada yang kene delete tapi aku malas la nak layan. Kang semak otak.

Flag off pagi tu lewat 30 minit, atas sebab apa pun aku tak tau. Aku dah bersila atas tarmac tiba2 je countdown 3,2,1 and go!. Kelam kelibut bangun lari. Sebab event ni bukan kompetetif so xde la podium winner, jadi yang memecut pun tak ramai. Aku pun bukan bleh memecut kang bonk terus aku lari masuk kete.

Nasib baik sepanjang route tu bagi aku takde masalah kerana marshall cukup, air cukup dan signage pun cukup. In the end takde pun sampai 16.6km pagi tu. Hanya 15.4 je kalau ikut jam. Kalau event ni xde hiccup sebelum mula race bagi aku pasti jadi satu event yang diingati orang. Tapi malangnya dah terjadi. Jadi memang hadap la penganjur, kalau kene boikot moga bertabahlah hendaknya.



Untuk aku sendiri, aku puas hati sebab target aku untuk event ni berjaya. Target mudah je, nak finish strong nak finish first memang tak mungkin. Bonusnya lari hari tu dpt PB untuk 15km. Moga semangat terus membara dan lulut kiri terus memberi kerjasama hingga akhir tahun.




No comments: