Aku tak pernah lagi sebelum ini mencuba msk event trail run. atau kawan-kawan panggil larian denai. Hajat nak mencuba trail run ni dah lama. Awal tahun lepas siap beli kasut GoBionic trail lagi. Sempat la berlari lari anak di Mahkota Challenge Park (MCP) 2-3 kali. Lepas tu hajat terbantut sebab berselisih dengan babi hutan dalam MCP. Kasut tu pun dah terjual kerana ketat sket dan kalau lari lama sangat bleh melecet. Akhirnya jadi la hangat-hangat taik ayam je.
Aku ada beli GoRun Ultra yang katanya sesuai juga digunakan untuk trail run. Jadi event ni bagi aku sesuai untuk dijadikan percubaan kesesuaian kasut tu. Kasut tu pun sblm event ni baru 2 kali aku try lari dalam trail.
Moving forward sehingga tahun ni, terbuka la hati nak masuk event ni. Maklumlah dekat dengan rumah. Jimat duit petrol dan lain-lain. Distance dipilih 15km. Pada asalnya rasa biasa je dengan distance ni cuma bila dalam seminggu, penganjur keluarkan official race router beserta elevation terus rasa cuak. Bukit ada satu je tapi tinggi ya rabbi. Ditambah plak dengan tengah musim El Nino dan hari event plak berlaku Equinox jadi lagi seram. 2-3 hari sebelum event ada berlaku juga kematian disebabkan strok haba.
Semalam sebelum event plak baru dimaklumkan berapa water station yang disediakan dan peserta dinasihatkan bawa waterbag atau botol air just incase terjadi apa-apa. Lagi la menambah kegusaran nak masukkan. Training plak ala kadar je, dapat la lari denai 2 hari sblm event tu pun lewat petang.Seksa terasa dah menambah doubtful sebelum event.
Untuk pagi event tu aku hanya datang sehelai sepinggang je seperti masuk event lari biasa. Ramai yang datang dengan botol air, water bag, topi siap power gel, power bar dan macam2 power lagi. Aku hanya minum sebotol air Lucozade sebelum mula dan separuh air kosong. Stock up macam unta je, bajet2 ada bonggol untuk simpan air. Aku tak sure la aku underprepared ke ape tapi aku tawakal je la.
Event dimulakan pada pukul 7 pagi, lari macam biasa dengan pace biasa. So untuk 1st 5km timing lebih kurang macam lari slalu so aku quite ok. Ia mula berubah bila masuk ke simpang trail untuk naik ke puncak Bukit Broga. Dari situ bermula la naik laluan menaik bukit. Masa tu harom tak leh lari. Pada awal2 tu acah2 la berlari naik lepas 100m kot terus jalan. Sesak dada. Perjalan hanya naik dan naik dan naik dan naik sahaja. Laluan nak ke puncak Bukit Broga bukan laluan biasa yang sesiapa pernah naik broga jalan sebaliknya laluan baru. Aku syaki jalan tu peserta antara yang terawal pernah guna. Laluan tu naik pakai scrambler atau MTB rasanya ok kot.
Halfway nak ke puncak ada water station yang ada air mineral dan Lucozade. Ada juga checkpoint untuk memastikan xde yang chicken loop. So ada la breathing point untuk rest kejap masa minum air. Lepas tu sambung hingga ke puncak. Untuk event ni hanya naik hingga puncak pertama sahaja sebelum u turn semula ke bawah. Sebelum u turn kena pastikan amik sticker, kalau tak nanti katanya tak dapat medal.
Nak naik ke tempat u-turn tu agak seksa sikit sebab dah lalu kawasan yang agak licin dan perlu gunakan tali. Masa ni la sempat potong beberapa orang dengan gunakan skil2 dulu masa zaman belajar naik gunung yang masih teringat. Turun ke bawah plak agak sesak kerana ramai orang. Sebenarnya untuk event ni katanya Bukit Broga ditutup untuk public tapi rasanya ramai tak dapat info tu jadi masa turun agak bersesak dengan pengunjung biasa. Jadi kene la rajinkan mulut mintak laluan kepada diorg. Semua pun sporting bagi laluan untuk peserta.
Malang sedikit tak berbau masa turun. Disebabkan nak mengelak sorang pendaki bukit tu, aku terhentak lutut kiri kat batang kayu. Tak luka tapi ada kesan kemerahan. Mengigil juga la menahan sakit. Stop kejap sebelum turun semula. Masa tu dah tak boleh nak lari turun sebab rasa sakit betul. Distance pun masih jauh. Rasanya ada baki separuh lagi. Aku cuba juga dan buat light run selagi boleh.
Malang sedikit tak berbau masa turun. Disebabkan nak mengelak sorang pendaki bukit tu, aku terhentak lutut kiri kat batang kayu. Tak luka tapi ada kesan kemerahan. Mengigil juga la menahan sakit. Stop kejap sebelum turun semula. Masa tu dah tak boleh nak lari turun sebab rasa sakit betul. Distance pun masih jauh. Rasanya ada baki separuh lagi. Aku cuba juga dan buat light run selagi boleh.
2nd split utk 5km aku habiskan dalam masa hampir sejam. Jauh beza dengan 1st 5km disebabkan keadaan bukit yang tinggi. Lepas lutut dah kena tu aku hanya lari selagi tak sakit dan aku set dalam kepala macam mana pun jangan DNF. Biar berjalan asalkan habis. Untuk elakkan dari memikirkan pasal lutut ni aku borak la beberapa orang yang aku potong dan ramai orang yang potong aku balik. Kah kah kah.
Last 1km sebelum habis tu bagi aku paling seksa di mana rasa takda tenaga betul nak habiskan. Usually masuk event lari biasa sempat la nak push sket, sprint to the finishing line. Yang ni memang tak larat.Aku pada awalnya target nak setelkan dalam 2 jam. In the end habiskan terlebih masa 6 minit dari terget. Aku tak salahkan kesakitan kat lutut tu sebaliknya bagi aku disebabkan lack of training. Aku rasa with right amount of training mungkin aku bleh push lebih sket untuk naik bukit tu dan push pada last km of the race. Mungkin juga aku tak berapa pandai lagi nak conserve energy untuk habiskan trail run ni.
Satu kepuasan yang amat berlainan bila dapat habiskan trail run ni. Mengenangkan bukit yang menyeksakan dan kesakitan lutut kiri masa lari, memang puas dapat habiskan. Aku harap ni bukan yang terakhir dan ada lg semangat nak masuk event trail pada masa akan datang.. Buat masa ni rest day dulu bagi surut bengkak sebelum next event Square Root Run di UM.
No comments:
Post a Comment